Pengertian Bulan
Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman.
Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok
buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini
diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan
Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah
sekarang.
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal
Ada
banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh
bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya
ialah;
1. Kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw.
Mengikut
sumber-sumber mengatakan bahawa Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun
gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan
menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul
pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau
bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9
Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih
lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.
Dibulan
Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini
Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah
baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
3. Hijrah
Tarikh
hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada
ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8
Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12
Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
4. Peperangan.
Banyak
peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara
tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di
bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar
(Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Rasulullah
telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M.
Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah
al-Munawwarah.
6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah
Pada
hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan
pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan
Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh
terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian
sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang
diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
7. Pembukaan Iraq
Tentera
Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan
bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar
ra.
8. Pembukaan Baitul Muqaddis
Salahuddin
al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan
seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583
H.
9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol
Kubu
terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera
Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H.
Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam,
masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara
azan di negara tersebut.
fadhilat
Bulan
Rabiulawal adalah seperti bulan-bulan Islam yang lain maka amalan sunat
di bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan sunat di bulan-bulan
yang lain.
Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat tanpa mengira di bulan manapun di sepanjang tahun.
Amalan-amalan
kita itu akan menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ke
padang mahsyar esok. Masjidil Haram di Makkatul Mukarramah.
Selain
dari itu, kualiti ibadah juga adalah diambil kira. Niat dan keikhlasan
mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan nilai ibadah kita.
Diantara syarat sesuatu ibadah itu diterima ialah niat.
Niat itu
akan menggambarkan keikhlasan kita.Kerja yang ikhlas akan membawa kepada
kesempurnaan dan kesempurnaan akan membawa kepada kepuasan dan kepuasan
akan membawa kepada ketenangan.
Moga kita sama-sama dapat
meningkatkan amalan ibadat kita agar kita mempunyai bekalan untuk dibawa
ke kampung Akhirat esok, InsyaAllah.
Maulidur Rasul
Seperti
kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena
keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di
Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur
Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun
adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul
ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat
kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Dalam menentukan
tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza
pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada
malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah
pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang
terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang
mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum
subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9
haribulan.
Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat
mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid,
Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan
diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang
perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan
Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka
menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah
berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan
53 tahun dari tahun pertama Hijrah.
Didapati bulan kelahiran
Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M.
Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT.
Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad,
12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal
manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.
Dalil seterusnya
yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada
Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub
pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu
kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak
kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah
kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit
adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang
bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu
dengan pengkajian mereka.
Moga ada pihak lain yang dapat membuat
kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw.
Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi
perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa
penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat
Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah
Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya
akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada
pembangunan ummah, InsyaAllah.
Objektif diadakan sambutan
Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman
terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan
mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta
mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka
perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat
sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan,
InsyaAllah.
Hukum Sambutan Maulidur Rasul�
Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan
unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah
jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi
ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.
Adalah tidak
tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah
bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.
Upacara
memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300
tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan
sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan
seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak
besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus
dan digalakkan ialah;
1. Said Ahmad Zaini
Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan
bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar
riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran
baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik
cendikiawan lainnya."
2. Imam Jalaluddin
As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy
Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di
sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan
mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin
mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."
3.
Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata
Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala
bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.
virtualfriends.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan