Lebuhraya Smart di sini akan ditutup kepada lalu lintas mulai 11 malam,
30 Januari ini sebelum dibuka semula pada 6 pagi keesokannya bagi kerja
menyelenggara sistem terowong lebuh raya itu.
Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong (Smart) dalam kenyataan
di sini, hari ini berkata pengguna boleh menghubungi talian bantuan
Smart 1-300-88-7188 untuk pertanyaan lanjut mengenai penutupan itu. -
BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan