Home Klik Di Bawah

Sabtu, 16 Februari 2013

Bagaimana Mengurangkan Risiko Menghidapi Kencing Manis


risiko kencing manis
Disebabkan penyakit Diabetes ini semakin banyak ditanggung oleh rakyat malaysia, maka dengan murah hati saya ingin berkongsi tips cara untuk mengurangkan risiko menghidap panyakit ini..Cewahh. Kini ramai orang menanggung penyakit Diabetes atau lebih dikenali sebagai (kencing manis).

Bagaimana penyakit ini terhasil?
 
Ianya disebabkan gangguan dalam Hormon Insulin, Hormon inilah yang mengawal metabolisme glukosa dalam darah. Apabila kurangnya Hormon Insulin ini maka sukar untuk badan mengeluarkan kandungan gula yang tinggi dalam darah dikenali sebagai "hiperglisemia".




 

Tanda-tanda awal penyakit Kencing Manis.
Kerap membuang air kencing, mudah letih, terlalu dahaga dan kelaparan dan berat badan menyusut secara tiba-tiba.

Berikut adalah tips gaya hidup sihat bagi membantu korang mengurangkan risiko tinggi menghidapi Kencing Manis.

Bersenam

Senaman boleh membantu korang meningkatkan sensitiviti Hormon Insulin, menurunkan kandungan gula dalam badan serta menurunkan berat badan berlebihan. Jika susah hendak bersenam korang juga boleh berjalan dengan laju atau berbasikal sekurang-kurangnya 20minit setiap hari.

Kurangkan berat badan

Obesiti adalah faktor utama penyakit Diabetes. Lebih banyak lemak badan, lebih sukar untuk proses penghasilan dan pengunaan Insulin dalam badan dengan baik. Ia membawa terlalu banyak Glukosa dalam darah.

Banyakkan makan bijirin dan serat

Serat dan Bijirin banyak membantu tahap keseimbangan gula dalam darah dan mengurangkan risiko menghidapinya. Makanan serat yang tinggi termasuk sayuran, buah-buahan, kacang dan bijian. 

Jangan Merokok

perokok tegar yang menghisap lebih daripada 20 batang sehari mempunyai hampir 2 kali ganda risiko peluang menghidapi penyakit kencing manis, berbanding yang bukan perokok.

Mengurangkan Alkohol

Pengambilan alkohol haruslah dikurangkan, jika terlalu banyak diminum atau kerap meminum alkohol akan menyebabkan keradangan kronik pankreas. Ia menganggu proses penghasilan Hormon Insulin hasilnya membawa kepada penyakit kencing manis mereka. 

blogaul.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan