Home Klik Di Bawah

Khamis, 28 Februari 2013

Info - Bagaimana Kelip-Kelip Mengeluarkan Cahaya?


Kelip-kelip (fireflies) atau kunang-kunang ialah spesies serangga sekecil lebih kurang 6mm. Ia tergolong dalam spesies kumbang Lampyridae. Terdapat lebih daripada 2000 spesies kelip-kelip yang terdapat dalam persekitaran sederhana panas dan tropika di seluruh dunia. Banyak spesis boleh ditemui di paya atau kawasan tanah lembap (wetland) berhutan. Di sinlah larva kelip-kelip boleh mendapat sumber makanan yang banyak.
 
 
 
 
 
 
 
 
Pengeluaran cahaya pada kelip-kelip adalah disebabkan oleh tindak balas kimia di dalam badannya. Tindak balas kimia ini berlaku di dalam organ-organ pemancar cahaya yang khusus, biasanya pada bahagian bawah abdomen. Tindakan enzim luciferase dengan luciferin di dalam organ ini merangsang penghasilan cahaya hijau yang mempesonakan ini.

 
 
Proses pengeluaran cahaya dalam kelip-kelip ini dipanggil biopendarcahaya atau bioluminescence. Biopendarcahaya ialah penghasilan cahaya oleh organisma hidup. Fungsinya bagi kelip-kelip dewasa adalah terutamanya untuk mengesan kelip-kelip lain dari spesis yang sama bagi tujuan pembiakan.

 
http://norazharishak.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan