Home Klik Di Bawah

Jumaat, 1 Februari 2013

Jalah Bawah Duta-Mahameru Ditutup Semalaman Isnin Ini

Jalan bawah Duta-Mahameru di depan bangunan Parlimen (menghala ke KL Sentral) akan ditutup semalaman selama tujuh jam dari 10 malam Isnin hingga 5 pagi hari berikutnya bagi memudahkan kerja melapis jalan di kawasan itu.

Kenyataan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd pada Jumaat menyebut penutupan jalan itu adalah bagi memberi laluan kepada projek pembinaan stesen bawah tanah Mass Rapid Transit (MRT).

"Pemandu dari Jalan Duta dinasihat menggunakan laluan alternatif ke KL Sentral dengan memandu ke arah Lebuhraya Mahameru (menghala ke PWTC) dan membuat pusingan di laluan atas Wisma Tani untuk kembali ke Lebuhraya Mahameru yang menghala ke KL Sentral," katanya.  
- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan