Moral masyarakat Jahiliyyah sebelum
kedatangan Rasulullah saw berada di tahap paling rendah dan hina.
Daripada soal undang-undang, ibadah sehingga kepada soal perkahwinan,
masyarakat jahiliyyah melakukannya dengan cara paling hina. Mereka
ternyata telah menyimpang jauh daripada amalan Nabi Ibrahim as dan Nabi
Ismail as.
Pergaulan masyarakat setempat dengan
masyarakat Arab sekitarnya menyebabkan mereka semakin lama semakin lupa
akan pesan dan ajaran Nabi Ibrahim as. Permulaan berhala disembah di
Mekah bermula daripada luar Mekah di mana seorang lelaki yang bernama
Amru bin Luhai. Amru bin Luhai membawa masuk berhala tersebut ke Mekah
daripada sebuah tempat di sekitar Syam(Syria) untuk disembah oleh
masyarakaat Arab.
Sehingga tempoh kerasulan Nabi
Muhammad saw di Mekah, masyarakat Arab di Mekah telah meletakkan
sebanyak 360 buah patung di sekeliling Kaabah. Di Kaabah, mereka tawaf
dengan cara paling buruk iaitu dengan bertelanjang, menyanyi dan
bertepuk tangan.
Mekah dan Kaabah yang satu ketika
dahulunya pernah menjadi titik pusat kemajuan agama Hanif kini telah
bergelumang dengan dosa-dosa kaum Musyrikin yang jahil.
Perkahwinan cara Jahiliyyah
Tiada yang paling hina apabila menyebut
soal perkahwinan melainkan cara perkahwinan masyarakat Arab Jahiliyyah
sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw. Aisyah pernah menerangkan keadaan
masyarakat jahiliah dan disahihkan oleh Imam Bukhari ra.
Jenis yang pertama
Pernikahan pada zaman jahiliyyah ada
empat jenis. Satu daripadanya adalah seperti yang kita amalkan sekarang
iaitu seorang lelaki meminang seseorang wanita menerusi bapa atau
penjaganya untuk dikahwininya. Si lelaki akan membayar mas kahwin lalu
mengahwininya.
Jenis yang kedua
Cara kedua adalah
apabila seseorang suami yang memberitahu isterinya yang suci daripada
haid supaya bersetuju bersetubuh dengan lelaki yang dipilih suaminya.
Selepas peristiwa ini, si suami tidak akan menyetubuhi isterinya
sehingga si isteri tersebut sah telah menghamilkan benih lelaki yang
pernah mendatangi isterinya. Si suami menggunakan cara ini bagi
mendapatkan anak daripada keturunan yang mulia.
Jenis yang ketiga
Cara ketiga dikenali
sebagai poliandri. Cara ini melibatkan sekumpulan lelaki yang tidak
lebih daripada sepuluh orang akan bergilir-gilir menyetubuhi seorang
wanita. Setelah wanita tersebut mengandung dan melahirkan anak, beliau
akan memanggil kesemua lelaki yang pernah datang menyetubuhinya dahulu.
Tidak seorang pun boleh menolak. Apabila mereka sudah berkumpul, wanita
tersebut akan berkata, “Kalian semua tahu bahawa akibat perbuatan
kalian, saya telah pun melahirkan anak.”
Kemudian perempuan tersebut akan
menunjukkan kepada salah seorang daripada mereka dan berkata, “Ini
adalah anakmu.” Oleh itu, anak yang baru lahir tadi akan di’bin’ atau
di’binti’kan dengan nama lelaki tersebut. Lelaki tersebut tidak boleh
menolak.
Jenis yang keempat
Cara keempat dan
terakhir adalah sekumpulan lelaki yang tidak terkira jumlahnya akan
mendatangi seorang wanita dan wanita tersebut merelakan dirinya
disetubuhi dengan cara demikian. Selayaknya, wanita ini adalah pelacur
zaman Jahiliyyah. Wanita ini yang mempunyai nilai moral yang rendah
akan menggantungkan sehelai kain di muka pintu rumah sebagai tanda
‘mengajak’.
Sesiapa sahaja lelaki boleh mendatangi
wanita tersebut. Apabila wanita tersebut hamil dan melahirkan anak,
ramailah datang melawatnya. Mereka akan memanggil seorang ‘pakar’ untuk
mengenali persamaan antara anak itu dengan lelaki yang telah
menyetubuhinya. Sesiapa sahaja yang dipilih menjadi bapa kepada anak
malang tersebut tidak boleh menolak keputusan tersebut dan anak tadi
dianggap sebagai anaknya.
Islam menyelamatkan maruah bangsa
Sesungguhnya, dengan kedatangan Nabi
Muhammad saw yang menegak syiar Islam, ketiga-tiga perkahwinan yang
tidak berlandaskan syariat Islam telah terhapus. Rasulullah saw telah
meningkatkan moral dan maruah kaum Arab dengan kedatangan Islam dan
kalamullah, Al-Quranul karim.
takusahrisaublog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan