Perang Vietnam atau juga dikenali Konflik
IndoChina dipercayai berlangsung pada 1955 dan tamat secara rasmi 19
tahun kemudian iaitu pada 1975 apabila tentera Vietnam Selatan dan
Amerika Syarikat menyerah kalah.
Perang Vietnam secara zahirnya adalah
peperangan Amerika Syarikat atau blok barat menentang idealogi Komunis
yang semakin menapak kukuh di IndoChina. Ini bermakna Amerika Syarikat
bertempur di Vietnam untuk memerangi angkatan bersenjata Vietnam yang
didokong kuat oleh Komunis Soviet dan Komunis China.
Dianggarkan secara rasminya, konflik
terbesar di Asia Tenggara ini memakan korban hampir 4 juta rakyat
Vietnam, 2 juta rakyat Loas dan Kemboja dan 58,000 tentera Amerika
Syarikat.
Tekanan jelas kelihatan kepada tentera AS, Sgt. Phillip Fink.
Badan tentera Marin AS tertanam separuh ke dalam tanah.
Letupan di bunker bekalan senjata milik AS.
Macam Hollywood! Helicopter menembak kem Viet Cong di sebalik hutan rimba bagi memberi sokongan kepada tentera infantri.
Tentera Vietnam Selatan memenuhkan segenap ruang di atas kapal.
Dua
Helikopter terhempas tanpa sebarang kecederaan kepada penumpang. Namun,
helikopter tersebut terpaksa dimusnahkan untuk menghalang daripada
jatuh ke tangan Viet Cong.
Helikopter memberi sokongan kepada tentera infantri semasa pencerobohan Vietnam.
Tentera Laut AS terpaksa mengorban sebuah helikopter untuk memberi ruang yang cukup kepada pelarian Vietnam.
Tentera AS membawa seorang rakannya yang cedera parah merentasi sawah padi.
Tentera AS bergerak daripada puncak bukit selepas bertempur hampir 21 hari dengan Viet Cong. 285 tentera disyaki terbunuh.
Wanita
dan anak-anaknya berusaha untuk melarikan diri daripada pertempuran
antara Viet Cong dan tentera Amerika Syarikat. Dirakam 20km daripada
Saigon pada Januari 1966.
William Morgan Hardman berkomunikasi dengan seorang lelaki tempatan berhadapan Hospital Hoan Kein, Hanoi.
Tentera Amerika keluar daripada tempat persembunyian selepas 3 hari 3 malam diserang oleh tentera Viet Cong tanpa henti.
War is Hell.
Kemungkinan
inilah gambar terbaik yang pernah dirakam. Seorang tentera Vietnam
Selatan tidak sempat menghadirkan reaksi semasa letupan mortar berlaku
tidak jauh daripadanya.
Tentera payung terjun mendapat bantuan daripada rakannya. Dirakam pada 5 Okt 1965.
Wanita ini disoal siasat kerana disyaki pengintip kepada Viet Cong. Tidak diketahui nasibnya.
Tentera Viet Cong yang terbunuh.
Lelaki dukung anaknya yang dibunuh oleh tentera Viet Cong.
Helicopter menaikkan tentera yang cedera semasa Operation Silver City di Vietnam, March 13, 1966.
takusahrisaublogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan