Home Klik Di Bawah

Selasa, 26 Februari 2013

Penjara di Belanda yang Ditukar Menjadi Hotel Mewah

Siapa sangka penjara yang satu masa dahulu mengurung banduan selama beratus tahun boleh ditukar dan direnovasi menjadi hotel mewah yang bukan sahaja kelihatan sangat moden dan cantik, malahan mampu menarik pengunjung untuk datang.


Het Arresthuis merupakan sebuah bekas penjara lama yang terletak di Belanda dan berfungsi menempatkan banduan dari tahun 1863 hingga 2007. Penjara yang menempatkan sebanyak 150 buah sel ini telah direnovasi menjadi hotel mewah yang dilengkapi 36 bilik mewah dan 7 suites, termasuk 4 suites istimewa yang diberi nama The Director, The Jailer, The Lawyer dan The Judge, yang setiap satunya dilengkapi dengan perabot dan perhiasan mewah.
 
 


Manakala di bahagian tingkat bawahnya pula terdapat beberapa kemudahan lain seperti bar, Restaurant Damianz, sauna, gym, beranda yang dihiasi dengan pokok zaitun dan juga taman herba organik. Apabila melihat gambar-gambar di bawah, struktur penjara itu masih kelihatan cuma bahagian kemasan dan perabot dalaman sudah ditukar dan diperbaharui untuk menampakkan ciri-ciri sebuah hotel mewah.

Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menginap di hotel berbeza daripada hotel-hotel konvensional sedia ada, hotel penjara ini mungkin menawarkan sesuatu yang bernilai.

bahagian-dalam-hotel-penjara
bar-hotel-penjara
penjara-lama-renovasi-hotel-mewah
restoran-hotel-penjara
tandas-hotel-penjara
bilik-tidur-mewah-hotel-penjara
makan-dalam-hotel-penjara
bilik-tidur-hotel-penjara
bilik-hotel-penjara
dapur-hotel-penjara
suite-hotel-penjara
pintu-masuk-bilik-penjara
masuk-dalam-bilik-penjara
beranda-penjara-pokok-zaitun
Renovasi penjara menjadi hotel mewah ini bukanlah sesuatu yang baru, malahan konsep ini sudah agak lama dikembangkan di negara-negara luar. Bahkan, bangunan-bangunan lama dan usang seperti gereja, dewan dan sebagainya juga mendapat sentuhan renovasi untuk memberi nafsu baru kepada binaan tersebut tanpa mengubah struktur asal.

Yang sayangnya kita di Malaysia ini banyak meroboh bangunan-bangunan bersejarah semata-mata untuk membina pusat komersial hanya untuk mengaut keuntungan syarikat-syarikat korporat tanpa mengendahkan nilai-nilai sejarah pada sesuatu bangunan tersebut. Penjara Pudu misalnya yang berusia lebih 100 tahun dan banyak menyimpan sejarah juga sudah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pusat komersial. Sayang kan?
kfein.blogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan