Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com
Paparan Terbaik Open Minda Menerusi Mozilla Firefox,Opera, Google Chrome Dan Safari.
Home Klik Di Bawah
▼
Ahad, 3 Februari 2013
Resepi : Cucur Passembur (Rojak Mamak).
Bahan-bahan ( 5 orang )
- Bahan Cucur -
1 cawan tepung
1/4 st baking powder
1/2 st serbuk kunyit
1 st gula
1/4 st garam
125 ml air
- Bahan kuah -
300g keledek
1.5 liter air
1 sb asam jawa
75 ml air
3 bj bawang merah - cincang halus
2 bj lada merah - dikisar
1/3 st garam
3 sb gula
20g kacang tanah - digoreng & dikisar halus
1/2 st kicap masak hitam
1/2 sb cuka
1/3 cawan minyak masak
Cara-cara
Untuk bahan cucur : Campurkan semua bahan kecuali telur. Gaulkan sampai sebati & perap selama 1 jam.
Masukkan telur dan kacau rata. Panaskan minyak dan goreng keemasan dan dihiris. Siap
Untuk bahan kuah : Rebus keledek empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75ml air, tapis dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang dan cili merah. Tuang
keledek & kacau. Selepas 5 minit masukkan garam,gula dan air asam
jawa. Kacau selalu atas api perlahan.
Masuk kacang tanah, kicap hitam dan cuka. Masak sampai
terbit minyak. Rasalah masam & manisnya blh di adjust mengikut
selera
Bahan sampingan - telur rebus, taugeh yg dicelur seminit dalam air panas dan timun yg dipotong memanjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan