Home Klik Di Bawah

Sabtu, 2 Februari 2013

RUKYAH SIMPLE UNTUK PENDINDING DIRI DARI JIN


ASSALAMULAIKUM ...
Alhamdulillah ... setelah sebulan setengah Vee tak dapat berbelog  akhirnya penantian berpenghujung gak . Rindu memang la sesangat , tapi apo nak buek kalau dah tak boleh nak Elak Elak ... eh dah macam saiful apek lak ... heheheeee
  So untuk pembukaan 2013 nih vee nak kongsi panduan mengelakkan gangguan jin atau sihir yang kita boleh buat sendiri . Macam pendinding lah . 

Semasa vee menghabiskan cuti hujung tahun di kampung , vee sempat gak menonton program tanyalah ustaz yang disiarkan pada 7.00 am dan juga 12.30 am . Pada ketika itu ustaz jemputan , Dr. Hassan Din Al - Hafiz menyampaikan ceramah bertajuk Qarin .
 
Dia mengajarkan surah - surah yang asas untuk kita amalkan sebagai pendiding diri . Bermula dengan 
 
 


  • al - Fatihah

  • Surah al - Baqarah ayat 1 - 5

  • Ayat Al - Qursi

  • Surah al - Baqarah ayat 102

  • Surah al - Baqarah ayat 284 - 286 .

  • 4 Qul


Vee amalkan baca semua surah kat atas nih selepas solat Maghrib .  Kalau nak baca setiap lepas solat 5 waktu lagi baik . Lepas baca , tiup kat tapak tangan n sapu kat seluruh badan . Nape ? Sebab vee juga kerap kena ganggu . Bukan tak pi jumpa ustaz , tapi kalau asyik dihantar makhluk baru setiap kali vee buang makhluk yang kacau vee , bila nak amannya . Kalau buat pendinding sendiri , sekurang - kurangnya boleh lah bertahan sementara pi jumpa ustaz nak buang ... emmmm .

Semoga entry nih bermanfaat untuk semua . SELAMAT MENCUBA
 http://veesandii.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan