Home Klik Di Bawah

Sabtu, 23 Februari 2013

Tanda-Tanda Korang Obses Dengan Makanan Pedas

 
Sekiranya korang melepasi semua ciri yang tercatat secara tak formal macam dekat bawah ini, memang tidak syak lagi korang wajar diiktirafkan sebagai seorang yang mempunyai daya tahan kepedasan yang tidak boleh diragui lagi.. jadi mari kita baca dan teliti adakah anda seorang yang obses dengan makanan pedas ini.

1) Korang boleh sakit perut, demam ataupun kena serangan sakit jantung kalau tidak melantak makanan pedas dalam sehari.
 


2) Bukan setakat makan sahaja pedas, air minuman berjus korang pon berperisa pedas menyegat jugak.

3)Menu korang... pagi, petang, siang, malam memang tidak sah kalau tidak pedas dan pedas dan pedas dan pedas-pedas belaka.

4) Takde siapa berani untuk berkongsi makanan ngan korang pasal tahap kepedasan melampau yang hanya korang sahaja boleh tahan.

5) Korang mendapat gelaran di hujung nama. Contohnya : Man Cabai, Man Kari, Man Hangat, Man Api dan yang relevan dengannya bagi menggambarkan betapa korang memang hantu makanan pedas beb!

Jikalau ciri-ciri yang terdapat di atas adalah benar dan tidak selain yang dibenar-benarkan, anda memang merupakan peminat makanan pedas dan hangat! 
 http://shakroil.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan