Home Klik Di Bawah

Isnin, 4 Mac 2013

Ayat-ayat cinta terhebat sepanjang zaman

Adat orang bercinta, semua nak manja-manja, nak mengada-ngada, menambahkan kemesraan gitu. Yela, bila dah terjebak dalam hubungan percintaan yang suci, indah, wangi, romantik dan macam-macam lagi ini, akan keluarlah satu dozen ayat-ayat cinta terhebat menunjukkan indahnya cinta itu.

Indah sangat ke cinta? Mungkin indah di awal perkenalan, tetapi lama kelamaan, manisnya cinta dah mulai hilang sedikit demi sedikit, dah tawar dari rasa yang sebenar, indah hanya pada sekadar nama. Bagi korang yang pernah bercinta, bermesra, atau mungkin sedang bercinta sekarang, korang mesti biasa sangat dengan ayat-ayat cinta kan. Tak sah bercinta kalau takde ayat.
 
 



Ayat-ayat cinta terhebat sepanjang zaman

1) i love you so much - ayat biasa yang digunakan. yang ni tiap-tiap hari boleh dapat dari pasangan masing-masing. Bangun tidur, ilovu, nak tidur, ilovu, nak mandi pun ilovu, lebih-lebih sekarang bulan puasa, nak berbuka, ilovu. Memang dikatakan ayat ini terlalu biasa untuk didapati dari mana-mana pasangan bercinta. Yang lebih kiut, ilysm. Simple dan padat.

2) sayang hubby/mummy tak? - ni pertanyaan yang sering ditanya oleh mana-mana pasangan bercinta. Kebanyakannya dah tahu, tetapi saje nak tanya. Lebih-lebih lagi bila hubungan tu dah lama, dah takde apa nak tanya, tanya jelah benda yang dah tahu. Hubby/mummy ? Papa/mama? Abang/Sayang? Macam-macamlah.

3) Dah makan? - yang ni pun dikira romantik? agak romantiklah, menunjukkan betapa mengambil beratnya pasangan. Yelah, kadang-kadang mak kat rumah tak ambil kisah kita ni dah makan ke tak, harapkan pasangan jelah untuk bertanya. Ini juga lagi contoh ayat harian yang wajib ditanya oleh pasangan samaada lelaki ataupun perempuan

4) I'll not leave you - ni ayat paling tak boleh blah. Dikategorikan sebagai ayat lelaki buaya. Selalunya lelaki yang mengucapkan ayat ni tergolong dalam kategori lelaki romantik nak mampos.Kalau perempuan yang cakap, mungkin betul la kot. Dan untuk pasangan bercinta underage, akal yang singkat, ayat sebegini biasanya akan menjeratnya. Tetapi, cuba lihat berapa lama akan bertahan? Tup tup, bulan depan, i'll not leave you dah bertukar pasangan.

5) Kau bodoh! - ni pun ayat cinta yang selalu boleh dapat dari pasangan bercinta. Kebiasaannya ketika bergaduh. Ketika itu, sayang, abang, buang ketepi kejap,  bodoh, bangang, sial yang menggantikannya. Ianya amat popular digunakan ketika berjumpa dengan pasangan baru, atau salah sorang pasangan buat perangai. Tapi, keesokannya, bila semua dah sejuk-sejuk, sayang, abang, papa, mama memenuhi ruang telefon. Alahai cinta.


Kadang-kadang ayat cinta ni buatkan aku rasa, alahai ...
Tiada istilah i love you forever, believe me.

Encik Ji : ayat cinta kepada Allah susahnya nak lekat di bibir

http://janganignore.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan