Home Klik Di Bawah

Rabu, 20 Mac 2013

Bagaimana Garam Boleh Menyebabkan Tekanan Darah Tinggi

Kita sedia maklum dan sedar bahawa kekerapan makan terlalu banyak makanan yang masin akan menyebabkan meningkatnya tekanan darah dalam badan namun tidak ramai yang tahu bagaimana garam atau sodium bertindak balas terhadap tekanan darah kita.

Tekanan-Darah-Tinggi 


Natrium atau pun sodium dalam garam pada asasnya berfungsi membantu menjaga tekanan darah, mengawal pengecutan otot, transmisi antara saraf sel, serta menjaga keseimbangan air, asid dan bes dalam tubuh. Namun, fungsi Natrium dalam garam ini akan berkesan sekiranya pengambilan garam tidak melebihi daripada 6 gram atau 1 sudu teh sehari. Mengapa dan bagaimana garam menjadikan tekanan darah kita tinggi? 





Kadar garam yang tinggi dalam tubuh akan mempersempit arteri ginjal, sehingga menjejaskan aliran darah dan menyulitkan kinerjanya. Akibatnya, ginjal melepaskan hormon yang disebut renin dan angiotensin, yang meningkatkan tekanan pada pembuluh darah periferi, dan menyebabkan hipertensi.

Fakta
*Renin ialah enzim yang dirembeskan oleh buah pinggang dan merubah angiotensinogen menjadi angiotensin untuk menambah tekanan darah supaya penurasan ultra dijalankan dengan cekap
*Angiotensin pula ialah bahan yang terhasil daripada angiotensinogen oleh renin, yang boleh menyebabkan vasokonstriksi dan peningkatan tekanan darah.
Selain garam, faktor lain yang meningkatkan risiko terkena hipertensi ialah usia, keturunana, kegemukan, fizikal yang kurang aktif, merokok, stres dan minuman beralkohol. Namun dengan mengurangi pengambilan jumlah garam saja, dipercayai sangat baik untuk mengurangkan risiko hipertensi.

Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan jumlah pengambilah garam agar tidak berlebihan:
  • Makan lebih banyak produk segar dan sedikit makanan olahan,
  • Hadkan penggunaan garam dalam makanan dan menggantikannya dengan rempah-rempah tertentu yang dapat memperkaya rasa,
  • Pilih produk makanan rendah garam, dan
  • Banyak makan buah-buahan dan sayuran.
  • Kurangkan masakan bergoreng, dan masaklah dengan kaedah rebus, kukus dan panggang.
  • Amalkan diet pemakanan dengan mengelak/kurangkan memakan daging merah dan kulit ayam
  • Kurangkan memakan makanan daging proses seperti burger,hotdog dan bebola daging.
  • Awasi makanan berlemak dan berminyak seperti penggunaan santan berlebihan, nasi lemak, roti canai dan seumpamanya.
Semoga kita semua berhati-hati dan sentiasa amalkan diet pemakanan yang sesuai untuk mengelakkan masalah tekanan darah yang tinggi dalam badan. InsyaAllah, sama-samalah kita menjaga kesihatan kita.
panduanpercumablogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan