Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com
Paparan Terbaik Open Minda Menerusi Mozilla Firefox,Opera, Google Chrome Dan Safari.
Home Klik Di Bawah
▼
Rabu, 27 Mac 2013
Cerita tali gantung dan banduan terakhir
Kita
selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong-corong
radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada
pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar
dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang
menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut dan kering darah merasai
ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung
sampai mati. Harap-harap dijauhkan, amin... Semoga artikel di bawah ini
akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita
terlibat dalam jenayah besar dan juga kecil, kerana dari yang kecil akan
membawa kepada yang lebih besar.
Tali
gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan
dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang
akan digantung. Setiap
satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini
semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan
menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam. Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi. Setiap
tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita
kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang. Ada empat jenis tali dan
tali tersebut dipilih mengikut berat banduan. Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan. APABILA RAYUAN DITOLAK Mereka
ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya
boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas. Banduan
akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis
keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah
Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri. Sekiranya
rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan
akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran
itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa
hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi. Waktu
untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam
biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas
solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama,
cuma harinya boleh berbeza. Selepas
waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah
penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung
selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat. Semasa
banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang
biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar
penjara untuk 'perjumpaan terakhir.' Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50. HARI PENGGANTUNGAN Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan. Mereka
yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah
bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke
saat-saat terakhir. Menurut
seorang petugas penjara yang bernama Samuel, 'Ada sesetengah banduan
puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana
mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa
mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap
terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,' katanya. Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. 'Jangan ikut tabiat buruk ayah'. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat. Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman. '
Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar
sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut
berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,'
cerita Samuel. Hukuman
gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan
doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan
dilaksanakan. BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. Menurut
Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik
menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang
gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap
hanya mengambil masa kira-kira 15 saat. Semuanya
perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam
masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan
diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung. 'Saya
sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah
kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya
tak ada masalah. 'Bagi
saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan
tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya
dulu,' kata Samuel. Menjalankan
tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau
menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak
mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah. 'Segala-galanya
bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah,
umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan
terjejas,' katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman
gantung adalah berkaitan dengan dadah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan