Home Klik Di Bawah

Ahad, 31 Mac 2013

Kehidupan Di Dunia Ini Hanya Sementara...

Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih melanjutkan usia kita untuk bernafas di dunia yang indah ini.  Sambil kita menikmati kenikmatan dan kebahagiaan dalam kehidupan ini, marilah kita bersama-sama muhasabah diri seketika...
relaks minda
Ingatlah! Hidup ini terlalu singkat... Jangan lalai dan terleka dengan nikmat duniawi!
 
 
 
 
Allah SWT mengingatkan kita dalam firman-Nya, “Telah dekat kepada manusia hari (yang akan) menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).” (QS. Al Anbiya : 1)
relaks minda
Kehidupan di akhirat yang kekal abadi... 
Bagaimana untuk menikmati kebahagian hidup di akhirat? 
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga-syurga yang bawahnya mengalir sungai-sungai.” (QS Al Hajj: 14)
1. Beriman dengan Allah. Ikuti segala perintahnya dan jauhi segala larangannya
2. Beramal soleh. Lakukan kebaikan dan perbanyakkanlah amal jariah dengan ikhlas.
Persiapkanlah bekalan untuk menuju perjalanan yang panjang dan penuh dugaan di Hari Perhitungan di Akhirat kelak. Gunakanlah masa yang singkat di dunia ini sebaik mungkin untuk kebahagian hidup di dunia dan akhirat. 
Rasulullah SAW bersabda, ”Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan orang asing atau pengembara.” Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Jika engkau berada di waktu petang hari, maka jangan menunggu pagi hari dan jika engkau berada di pagi hari janganlah menunggu petang hari. Pergunakanlah waktu sihatmu sebelum kamu sakit dan pergunakanlah waktu hidupmu sebelum kamu mati.” (HR.Bukhari).
Terima kasih bersama Relaks Minda... Tazkirah ringkas untuk muhasabah diri ini dan buat anda semua.

Admin...
relakss mindablogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan