Home Klik Di Bawah

Selasa, 19 Mac 2013

Resepi - Kentang Putar


Nak try buat kentang putar?? meh sini tengok langkah-langkahnya ok.
 
 
 

 Ok..sila tengok bahan-bahan untuk kentang dulu yerrrr...

Pastu ni Cara-caranya...


  • 10 biji kentang dibuang kulit dan dipotong dadu.. (besar-besar tau)
  • 1 sdt serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan susu segar
  • sedikit garam

Ok.. mula-mula
  • Rebus kentang dengan sedikit garam biar sampai empuk
  • Bila dah empuk tos dan lenyekkan sedikit
  • Guna hand mixer atau blend je biar halus (kentang, susu, garam dan serbuk lada hitam sedikit)
Ok..dah siap untuk kentang



Yang ni cara-cara untuk buat sos pulak...

Bahan-bahan sos
  • 650ml air
  • kiub pati ayam
  • 1 biji bawang besar (cincang)
  • 1 1/2 sdb mentega
  • 1 sdb tepung gandum
  • 1 sdb sos cili
  • 1 sdb sos tiram
  • 1 sdb kicap pekat
  • serbuk lada hitam

Cara-cara
  • Masak air, letak kiub dan bawang besar di dalam
  • Bila mendidih tapiskan ke dalam bekas lain
  • Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum, kacau atas api kecil supaya tak melekat pada tepi periuk
  • Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil di kacau supaya tidak bergentel
  • Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap pekat (untuk warna). masukkan juga serbuk lada hitam
  • Masak ikut pekat mana yang disukai

**sos ini juga sesuai untuk dicicah bersama ayam goreng.. (sedap kottt)

Gambar kentang putar ada kat atas sekali, aku letak yang tu dah la..sebab gamba tak cantik, xde prop.. nanti kalau aku buat resepi lain, gamba cantik-cantik sure aku letak banyak punya...dr atas sampai bawah gamba jerrrr....muahahaha...
http://ariesha8187.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan