Home Klik Di Bawah

Khamis, 21 Mac 2013

Resepi Puding Oreo bercoklat. Serius memang sedap.

Assalamualaikum, selamat tengahari sahabat alam mayaku... Buat follower baru dan follower yang sentiasa sudi ke blog CR, terima kasih ku ucapkan,.. tiada perasaan lain yang ku rasakan, hanya yang indah2 terhadap persahabatan yang terjalin. Moga ukhwah kekal selamanya.

Sahabat FB, dah pakat tanya resepi puding ini, . Wah!! apa lagi, edisi membuat puding bermula ( daku memang suka gile tau kat puding2 nie..) Lagipun resepinya mudah.







Yang kelakarnya, bila singgah ke link kak teratai berikan, ku masuk ke blog sehari di dapur (Namia namanya), bila baca resepi.. lah!! dari blog  K.Nor secubit Garam rupanya.. Hahahhaha lagi ke blog kak Nor, Jadi kenalah bagi kredit pada ketiga-tiga blogger yang syer resepi Puding Oreo Bercoklat ini. Terima Kasih Teratai, Namia dan K.Nor.. 
Tapi kan resepi asal adalah dari blog HomeKreation Kitchen Corner (Along Ros namanya) terima kasih buat Along yang sudi syer resepi puding tersedap ini. Serius sedap sangat. Seperti dalam entry Along, time makan puding tu boleh terpejam-pejam mata. Lazat tau. Buat Along, salam persahabatan. Ayu memang tabik toing2 dengan kamu, puding milo bercoklat yang lazat ini memang buat tidur malam ayu nyenyak.

Jom, semak resepi Heavenly milo &  Oreo Jelly (Agar-agar Milo Lapis Oreo)
Resepi asal Ros HomeKreation.

BAHAN-BAHAN

Saiz 8"persegi
1bungkus agar-agar/10gram serbuk jelly (Ayu pilih 1 bgkus agar-agar putih)
750ml air (sukat guna botol air mineral 500liter, tambah 1 cawan)
170 gula (ayu ikut k.Nor guna 140gram sahaja)
1 tin susu cair 400g
3/4 cawan Serbuk milo
1 bungkus Oreo 137g (patahkan tapi, lapisan krim jangan diasingkan)

CARA MENYEDIAKAN


  1. Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan gula, kacau  dan biarkan gula larut baru masukkan susu cair hingga mendidih, kacau betul-betul ya.
  2. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati
  3. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk Milo dikecilkan dan sentiasa di kacau untuk elak agar2 membeku.
  4. Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo. Apabila permukaan agar-agar putih + oreo mengeras, diakhirkan dengan lebihan agar-agar milo. ( ada 3 LAPISAN ya )
  5. Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais
  6. Selamat mencuba.
TIPS UNTUK MELAPIS
  1. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya, jika mengeras guriskan permukaan lapisan dengan garfu sebelum tuang lapisan seterusnya.
  2. Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas diatas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya..
 http://ruhayurazali.blogspot.com

2 ulasan: