Home Klik Di Bawah

Jumaat, 22 Mac 2013

Resepi - Sambal Udang Petai

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini Kasih Suci ingin share resepi mudah sambal udang petai bersama kalian. Masak ni bukan susah sangat asalkan minat dan rajin semua boleh jadi. Resepi campak-campak je ni…jom semak.




Bahan:

Udang yang siap dibersihkan satu mangkuk kecil

Isi petai yang direndam bersama air panas dan garam(jika kalian suka kulit petai bioleh masukkan sekali)

 Cili kering 10 tangkai

*bawang merah 5 biji

*bawang putih 2 ulas

bawang besar 1/2 biji-dihiris

garam

kicap manis-2 sudu kecil

tomato ceri 4 biji

Bahan yang bertanda * dikisar. Tumis sampai garing, masukkan petai yang sudah ditoskan airnya, masukkan pula udang dan bawang yang dihiris tadi. Masukkan tomato ceri …Rasakan garam dan campurkan kicap manis tadi. Siap!
blogammar.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan