Home Klik Di Bawah

Ahad, 31 Mac 2013

Sejenis Virus Baru yang menyerang sisitem pernafasan manusia

Gambar Hiasan
GENEVA - Seorang lelaki berusia 73 tahun dari Emiriah Arab Bersatu menjadi pesakit ke-11 mati selepas dijangkiti sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan manusia, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut, virus itu yang dikenali sebagai koronavirus novel (nCoV) mula dikenal pasti enam bulan lalu.
 
 
Kata WHO, pesakit telah diterbangkan ke sebuah hospital di Munich pada minggu lalu dan meninggal dunia kelmarin.
Sebanyak 17 kes nCoV direkodkan sejak WHO mengeluarkan amaran penyakit maut itu pada September tahun lalu dengan kebanyakan jangkitan berlaku di Asia Barat.
Tambah agensi berkenaan, seorang lelaki yang kerap berkunjung ke Arab Saudi dan Pakistan turut meninggal dunia baru-baru ini akibat serangan virus nCov.
Saintis-saintis memberitahu, virus baharu itu berasal daripada kelompok virus selesema dan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang melanda dunia dari Asia pada hujung tahun 2003.
Sejumlah 775 orang meninggal dunia akibat SARS.
Antara simptom jangkitan nCoV termasuk sukar bernafas, demam, batuk dan pneumonia. -
 Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan