Home Klik Di Bawah

Jumaat, 22 Mac 2013

Tempat Yang Perlu Kuat Iman

Ini cerita tentang iman. Bukan cerita tentang orang yang bernama Iman tetapi iman yang ada di dalam dada kita. Ada sesetengah tempat yang kita perlu kuatkan iman walaupun sebenarnya di mana-mana tempat pun kita kena ada iman. Tempat yang macam mana tu?
 
 


1) DI TAMAN bunga atau taman air atau taman apa-apa taman sahajalah, asalakan namanya ialah taman. Sama ada kena kuatkan iman sebab ada ramai pasangan yang sehati sejoli atau diri sendiri yang berjoli.

2) DI PASARAYA kecil atau besar. Nafsu berbelanja memang naik menggila. Lagi-lagi kalau duit tengah ada makin mengigil tangan dibuatnya hendak merasa hulur duit ke kaunter.

3) DI JALAN raya persekututan atau persendirian atau lebuh raya atau jalan apa-apapun. Lain orang lain ragam maka lain kenderaan lain cara pemanduannya.

4) DI TEMPAT kerja, tidak kira apa kerja sekalipun. Yang pekerja selalu menyirap dengan bos. Yang bos pulak selalu berbulu dengan pekerja.

5) DI RUMAH Allah, yang dipanggil masjid ataupun surau. Mesti kena ada iman yang kuat dan bukannya masuk hanya hendak tunjuk kita ini kononya kuat beribadat.

Jikalau masuk tempat-tempat di atas ini, anda perlu kuatkan iman anda supaya anda dalam masuk di dalam itu melakukan perkara yang benar dan bukannya salah dan merapu serta suka-suka sahaja dengan mengikut nafsu yang selalu bermaharajalela.
 http://shakroil.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan