Home Klik Di Bawah

Sabtu, 27 April 2013

AMALAN PELINDUNG DIRI

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengahasihani. 


Kala papan kekunci ini diketuk, jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Saya memasang niat mahu menulis sehingga jam 1.30 pagi. Tidak akan saya lebihkan lagi, esok saya perlu mengembara melihat alam. Seawal pagi sudah perlu bersiap dan semuanya perlu diatur dengan rapi supaya setiap minit dapat digunakan dengan semaksima mungkin. Dua tiga hari yang lepas, saya mendapat mesej pesanan ringkas daripada salah seorang pelajar. Mesejnya berbunyi “Salam ustazah, maaf menggangu malam-malam. Saya nak tanya, ada tak ayat al-Quran untuk mengelakkan kena pukau?” 





Usai membaca pesanan ringkas, saya berbicara sendiri, ‘Ada, sudah pastilah ada. Bukankah al-Quran itu penawar dan penyembuh’. Saya juga yakin, dia tahu itu. Cuma pintanya, nyatakan ayat yang mana dalam al-Quran atau al-Hadis yang boleh diamalkannya. Saya berkira-kira, mahu bagaimana saya memberitahunya? Via sms? Tidak mungkin. Via fb? Mngkin, tapi perlu juga kepada huraian yang agak panjang. Akhirnya saya ambil keputusan untuk terus saja menulis di sini, supaya semuanya dapat dikongsi secara bersama. Sambil menyelam minum air, manfaatkan semua medium yang ada. 

Tidak saya nafikan, kebimbangannya berasas dalam situasi hari ini yang begitu mengasak akal dan menyesakkan jiwa. Lebih-lebih lagi bagi seorang perempuan. Begitulah juga apa yang saya rasakan, ditambah kalau kita berada di bandar-bandar besar yang risikonya begitu tinggi. Saya juga percaya, ini jugalah yang dirasakan oleh kebanyakan wanita di luar sana. Justeru saya cuba untuk memuatkan beberapa bacaan dan amalan yang di anjurkan dalam Islam, tidak saja menyentuh persoalan pukau secara khusus, tetapi lebih kepada penjagaan diri, harta dan juga keluarga. Kita hanya berharap memohon perlindungan daripada Allah, selebihnya serahkan saja pada Dia. 

Bagi ikhtiar memohon daripada Allah supaya dipelihara semua jenis gangguan dan bala bencana. Amalkan selalu doa-doa berikut; 


1. Doa hindarkan diri daripada terkena sihir/santau/jin dan saka. 

Doa ini diajarkan oleh Ustaz Sharhan Shafie untuk memelihara diri dan keluarga dari terkena gangguan makhluk halus terutama jin, iblis dan syaitan. Ayatnya pendek dan senang dihafal dari Surah Al-Saffat, ayat 7. Ayat ini boleh dibaca setiap kali selepas solat atau bila terasa diri tidak berapa sihat terutama pada waktu maghrib. 


http://ainulyaqin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan