Home Klik Di Bawah

Isnin, 22 April 2013

Bandar Ghadames Yang Unik di Libya, Lelaki-Wanita Terpisah

Di Libya terdapat sebuah bandar yang unik disebabkan dua perkara. Pertama, senibina kawasan penempatan yang kompleks dan seperti sarang lebah. Yang kedua, bentuk tersebut mempunyia tujuan khas: Kaum lelaki dan wanita terpisah.

Sebagai penerapan sebuah hukum Islam agar menjauhkan zina (percampuran lelaki dan wanita) dalam kehidupan seharian, mungkin bandar Ghadames menjadi contoh yang unik. Kota ini disebut juga “pearl of the desert” atau "mutiara gurun". Letaknya di Daerah Nalut, Tripolitania, sebelah barat daya Libya.
 
 


Populasi di Ghadames adalah sekitar 10000 orang. Rumah-rumah di tempat ini memiliki senibina khas vertikal - lantai dasar digunakan untuk menyimpan barang-barang, manakala lantai lain untuk keluarga, dan pada atas teras terbuka disediakan untuk para wanita.



Apa tujuan teras terbuka sambung-menyambung di bahagian atas ?  Di tempat inilah para wanita bergerak bebas, berkomunikasi  dengan teman dan tetangga, bahkan dapat bergerak 'atap' kota. Bahagian atas ini tertutup dari bahagian bawah. Maksudnya, kaum lelaki yang berada di bahagian bawah tidak dapat melihat kaum wanita. Trotoar atap memungkinkan wanita untuk bergerak bebas, tersembunyi dari pandangan lelaki.

Ghademes adalah sebuah kota tua. Tercatat dalam sejarah, sudah wujud sejakzaman  Rom, dan pada ketika itu pemukiman ini dikenali sebagai Cydamus, sebuah kota benteng di abad ke-1 SM.









sumber: amusingplanet, apakabardunia.com/billy info blogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan