Home Klik Di Bawah

Khamis, 25 April 2013

Bekas Tapak Lombong Berlian Terbesar Dunia Di Russia


Sebelum ini saya pernah paparkan tentang kawah berapi di Turkmenistan yang seolah-olah seperti pintu ke neraka yang menyeramkan. Kali ini saya ingin paparkan mengenai lubang besar yang terdapat di Russia.

Lubang besar yang kelihatan seperti kawah yang terbentuk akibat hentaman meteorit ini adalah merupakan bekas tapak lombong berlian yang ditinggalkan bernama Mir Mine. Ianya terletak di Mirni, Eastern Siberia, Russia dan sudah tidak digunakan lagi sejak tahun 2004 yang lalu. Ianya berkedalaman 525 meter dan mempunyai diameter sepanjang 1200 meter, menjadikannya sebagai lubang digali manusia kedua terbesar di dunia selepas Birmingham Canyon Mine di Amerika.
 
 

Lubang yang digali tersangat besar sehinggakan laluan udara di atasnya ditutup bagi laluan helikopter kerana pernah berlaku kejadian di mana helikopter terjatuh disedut oleh aliran udara ke dalam lubang tersebut. Menakjubkan juga kerana terdapat bandar yang dibina betul-betul bersebelahan dengan lubang ini membuatkannya kelihatan seperti kesan hentaman meteorit yang jatuh dari angkasa. Agaknya kalau jatuh ke dalam boleh naik balik ke tak.

mir mine russia 
 
 
bekas lombong berlian terbesar dunia 
 
 
tapak lombong besar di russia
 
 
 
 
pandangan satelit mir mine russia 
 
tapak lombong berlian siberia
sumber dari Amusing Planet/http://www.kfeinblog.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan