Home Klik Di Bawah

Selasa, 23 April 2013

Cara Mudah Tukar Gambar Jadi Hitam Putih

Tukar Gambar Jadi Hitam Putih Guna Photoshop, sebelum selepas

Walaupun hari ini adalah zaman gambar berwarna dengan resolusi tinggi namun, tidak dinafikan bahawa fotografi hitam dan putih (black and white) masih ada peminatnya. Kadang-kadang gambar hitam-putih ni boleh mendatangkan satu 'feel' yang unik berbanding gambar berwarna. Dengan teknologi digital yang ada, penghasilan gambar hitam-putih adalah sangat mudah dilakukan. Dalam tutorial ini saya akan tunjukkan cara mudah ubah gambar berwarna kepada hitam-putih menggunakan Photoshop. Boleh guna mana-mana versi Photoshop. Simple, senang dan efektif.

Kalau dah sedia...
 
 

 
1. 'Open' dulu gambar berwarna yang ingin ditukar kepada hitam-putih dalam Photoshop.

2. Kemudian, pastikan tetapan warna foreground dan background pada Toolbox (di sebelah kiri) adalah hitam dan putih sahaja. Kalau warna lain, sila ubah kepada hitam untuk warna foreground dan putih untuk warna background. Jika tidak tahu ubah, rujuk gambar panduan di bawah untuk reset warna foreground dan background kepada hitam dan putih.
Tukar Gambar Jadi Hitam Putih Guna Photoshop, langkah


3. Sesudah itu, pada panel Layer (sebelah bawah kanan), klik ikon bulatan separuh hitam-separuh putih. Kemudian, pilih 'Gradient Map'.
Tukar Gambar Jadi Hitam Putih Guna Photoshop, langkah


4. Satu layer baru 'Gradient Map 1' akan muncul. Kalau warna ditunjukkan pada layer adalah hitam-putih, kira menjadilah tu. Dah siap! Boleh save sebagai JPEG dsb.
Tukar Gambar Jadi Hitam Putih Guna Photoshop, langkah


Nota Tambahan:
Kalau hasilnya kurang kaw, naikkan contrast dengan cara duplicate layer 'Gradient Map 1' tadi jadi 2 atau 3 lapisan (bergantung keperluan).

Untuk duplicate layer, pastikan layer 'Gradient Map 1' sudah diselect terlebih dahulu kemudian tekan kekunci CTRL+J.

Selamat mencuba dan selamat beramal. Kalau kurang faham, tanya OK? Rasa macam ringkas sangatlah pulak. Mungkin sebab cara dia simple je, kut? 
 http://ibnuismaini.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan