Salam perjuangan...bagaimana antum
semua? sihat? ana harp antum semua dlm keadaan sihat. Alhamdulilah krn
Allah bg kita kesempatan utk terus hidup dlm islam dan masih mempunyai
iman. Allahuakbar...
Keikhlasan....memang
sesuatu yg sukar utk diungkapkan dan susah utk dilakukan. Sememangnya
apa yg kita lakukan sekiranya adalah ikhlas krn Allah maka insyaAllah
ada ganjaran pahalanya.... Ana rasa takut apabila amalan2 yg ana lakukan
ini menjadi sia-sia dan tidak dipandang oleh Allah...krn apa? krn niat
ana...sekiranya tiada keikhlasan dlm diri ini...Ana takut sekiranya ana
lakukan krn org lain, krn nk tunjuk hebat atau apa2 sahaja...ana rasa
analah yg paling rugi sekali... Ya Allah, jagalah hatiku ini...
Ana terpesona dgn keikhlasan
seorang Arab Badwi, yg hanya berasal dari pedalaman dan tidk mempunyai
ketinggian ilmu, namun beliau memeluk islam dgn segenap jiwa seraya
berkata kpd Rasullulah S.A.W, "Aku akan berhijran bersamamu..."
Dlm perang Khaibar, Nabi SAW
memberikan harta ghanimah (rampasan perang) kpd beliau. Namun
kemudiannya beliau membawa harta tersebut kpd Nabi SAW dan berkata,"
Bukan krn harta aku mengikutimu. Akan tetapi aku mengikutimu krn aku
ingin agar satu saat nanti aku terkena lemparan panah disini (sambil
menunjukkan ke arah lehernya) sehingga aku terbunuh dan masuk syurga
kerananya.."
Dan
akhirnya,beliau syahid dipanah di leher. Keikhlasan Arab Badwi memang
amat mempesonakan. Walaupun layak menerima harta rampasan perang, namun
beliau menolaknya krn mimpi indah beliau ialah, meraih gelaran
syuhada'....
Erti
ikhlas dlm jihad yg diterangkan oleh Hassan al-banna ialah, "Setiap
kata-kata, amalan dan jihad saudara muslim adalah demi Allah, utk
mencari redhaNYA dan ganjaran baik dari-Nya, tanpa memandang kpd
sebarang imbuhan, kemegahan, gelaran, popular atau tidak. Dengan itu, ia
menjadi tentera demi fikrah dan aqidah, bukannya demi kebendaan dan
kepentingan.
Antara lawan ikhlas ialah riya',
yg dianggp sebagai syirik kecil. Ali RA memberi garis panduan yg
menunjukkan identiti org riya' iaitu:
- bersemangat di hadapan khlayak
- kendur apabila bersendirian
- bersungguh apabila dipuji
- lentur apabila dikeji...
Maka, marilah kita muhasabah diri...betulkah kita betul2 niat ikhlas krn Allah dlm melakukan sesuatu...?
http://sinarankasih.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan