Home Klik Di Bawah

Ahad, 21 April 2013

Khasiat Tembikai Susu

Tembikai susu merupakan buahan yang menjadi kegemaran saya, lagilah kalau dimakan ketika hari tengah panas. Sudah agak lama saya tidak menulis post mengenai khasiat buah, jadi kali ini apakata kita lihat serba sedikit khasiat buah tembikai susu ini. Buah tembikai susu dipetik bukan dari segi saiz tetapi dari segi kematangannya, jadi kalau buah tu sudah besar tetapi masih belum masak atau matang ianya tidak patut dipetik. Malah ketika anda ini membeli buah tembikai susu elakkan memilih yang masih berwarna hijau kerana ianya masih muda.
 
 
 
 
 
Tembikai susu mengandungi pelbagai jenis nutrisi iaitu vitamin – vitamin seperti A, B6 dan C, Folat, Potasium, Zink serta lain – lain enzim berkaitan dengan penghadaman. Mengambil kita vitamin C sahaja, ianya bertindak sebagai antioksida yang mana kita tahu antioksida ini membantu dalam melindungi tubuh dari penyakit – penyakit kronik khususnya kanser. Malah vitamin C juga membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh dan sekaligus menghalang tubuh dari dijangkiti selesema dan batuk. Untuk vitamin B6 pula, ianya penting untuk kesihatan kulit dan sistem peredaran darah tubuh anda


Selain itu tembikai susu turut merupakan sumber asid folik yang bagus, dimana asid folik ini bagus untuk ibu yang mengandung dimana ia boleh mencegah kecacatan ketika lahir. Malah tembikai susu dilihat mempunyai kandungan sodium yang kurang, bebas lemak, bebas kolestrol dan rendah kalori, oleh itu ianya sedang elok untuk diterapkan dalam menu diet anda yang ingin mengurangkan berat badan. 

Potasium yang terkandung dalam tembikai susu dapat mencegah otot dari mengalami kekejangan dan membantu dalam mengawal tekanan darah, serta kandungan air tembikai susu yang banyak akan membantu tubuh anda dari kekurangan air. Untuk rekod, satu mangkuk kecil tembikai susu hanya mengandungi 60 kalori dan membekalkan vitamin C yang mencakupi 70% keperluan harian tubuh anda.

Tembikai susu boleh disimpan dalam suhu bilik sehingga 4 hari, manakal jika disimpan ke dalam peti sejuk ianya boleh bertahan selama 5 hari
 http://bilaakumenulisblog.blogspot.com

3 ulasan:

  1. untuk pesakit kanser pun elok juga ke?

    BalasPadam
  2. saya tgh mencari khasiat buah kesukaan saya untuk mengamalkan diet yang seimbang ... terima kasih untuk info ini ... :)

    BalasPadam
  3. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    BalasPadam