Ahli gusti ini pernah
bertanding dengan Juara Tinju dunia Muhammad Ali, dengan berakhir seri
atau berimbang, Inoki terkena 1 hook dari Ali, dan Ali juga sekali
dihumban oleh Inoki, dalam pertandingan 15 pusingan.
Ahli gusti Antonio Inoki
mempunyai fizikal yang kuat dan seorang lagenda jepun dikhabarkan telah
masuk islam pada tahun 1990-an. Seperti dilaporkan oleh media
huffingtonpost.com, pada bulan lepas ahli gusti tersebut mengumumkan
namanya islamnya iaitu Muhammad Hussain Inoki.
Ketika perang teluk pada
tahun 1990 dia pernah diutus ke Iraq untuk berunding dengan presiden
Iraq ketika itu Saddam Hussein mengenai pembebasan warga Jepun yang
djadikan tebusan.
Huffingtonpost.com
melaporkan pada bulan Disember yang lalu Inoki mengambil bahagian dalam
satu pertandingan International Peace Wrestling Competion bagi meraikan
60 tahun hubungan antara Jepun dan negara-negara di Asia Selatan dalam
bidang sukan.
Inoki, yang juga duta keamanan telah mendirikan sebuah akademi gusti di Pakistan yang disokong oleh kerajaan tempatan.
Sebuah stesen TV
melaporkan baru-baru ini ketika Inoki berkunjung ke Pakistan,dia
menerima ucapan "selamat datang pahlawan". Inoki pertama kali melawat
negara itu pada tahun 1976 untuk bertanding melawan ahli gusti Pakistan
Pahalwan. Ketika itu pertandingan tersebut dibanjiri hampir 50 ribu
orang.
Di tahun yang sama Inoki
juga berhadapan dengan Muhammad Ali, seperti yang dilaporkan Guardian
Dia dinilai sebagai "melawan prototaip seni bela diri campuran" di
Tokyo. Ali mengenakan sarung tangan sementara Inoki tidak sama sekali.
"Ketika saya menjadi
mualaf, orang menyarankan agar saya menukar nama saya menjadi Muhammad
Ali tapi saya menolak idea itu kerana saya sudah berjuang melawan Ali
peninju hebat," katanya, menurut Dawn.com.
Selama perjalanannya
Inoki yang pada tahun 2010 menjadi orang Jepun pertama yang dilantik
menjadi World Wrestling Entertainment s Hall of Fame, dia berharap boleh
membantu lebih untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara Pakistan
dan Jepun, dan untuk terus membawa mesej-mesej keamanan di seluruh
dunia.
Inoki lahir pada 20
Februari 1943, selain seorang ahli gusti dia juga dikenali sebagai artis
seni pertahanan diri. Kini dia dilaporkan tinggal di New York dan
Jepun.
detikkislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan