Home Klik Di Bawah

Sabtu, 6 April 2013

Pengalaman Berharga Yatt Hamzah Di Gaza Dan Mesir


Pengalaman Berharga Yatt Hamzah Di Gaza Dan Mesir

Pengalaman Berharga Yatt Hamzah Di Gaza Dan Mesir | Pengalaman Yatt Hamzah menjejakkan kaki ke bumi Anbia meninggalkan kesan mendalam dan berharga kepada beliau ketika melawat Mesir dan Gaza, baru-baru ini.

Suami beliau, Abdul Mutalib dan anaknya, Hanania Malika, turut menyertai rombongan Kembara Suci Di Bumi Kinanah itu beberapa artis seperti Siti Nordiana dan Heliza.

Lawatan selama lapan hari itu memberikan pelbagai pengalaman berharga buat Yatt dan keluarganya.
 
 


Berkongsi pengalamannya, Yatt berkata, pada hari pertama dia berpeluang menjejakkan kaki di Mesir. Keesokan harinya, dia bertolak ke Gaza dan menyaksikan sendiri kemusnahan yang dilakukan rejim Israel.

"Memang banyak bangunan dan rumah yang musnah. Namun ajaibnya, masjid di situ masih berdiri teguh dan tidak pula terkena sebarang kesan serangan.

"Subhanallah... padahal kawasan yang kena bom itu berdekatan antara satu sama lain," kata Yatt.

Selepas dua hari berada di situ, rombongan tersebut meneruskan perjalanan ke Mesir untuk ke Jabal Musa, tetapi perjalanan mereka dihalang ketika mahu melepasi sempadan Gaza-Mesir.

Pengalaman Berharga Yatt Hamzah Di Gaza Dan Mesir

Atas sebab-sebab tertentu, pihak Mesir tidak membenarkan mereka keluar dari Gaza dan rombongan itu terpaksa berpatah balik ke hotel penginapan mereka di bandar Gaza.

"Kami terpaksa menunggu berjam-jam di dalam bas kerana pegawai keselamatan Mesir tidak membenarkan kami melepasi sempadan Gaza.

"Malah kami terpaksa patah balik ke hotel di Gaza untuk pulang ke Mesir keesokan harinya," kata Yatt sebak.

Keesokannya, Yatt berkata, rombongannya dibenarkan melepasi sempadan dan mereka meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya di Mesir.

Ketika berpeluang menjejakkan kaki di Mesir, Yatt turut berkongsi pengalaman mendaki Gunung Sinai untuk ke Jabal Musa, tempat Nabi Musa AS bermunajat selama 40 hari dan 40 malam bagi menerima wahyu dan turunnya kitab Taurat.

Pengalaman Berharga Yatt Hamzah Di Gaza Dan Mesir


Perjalanan sejauh tujuh kilometer dengan menaiki unta kemudian terpaksa mendaki bukit curam dan berbatu merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakannya.

"Saya bersyukur diberikan kesihatan yang baik kerana kami perlu mendaki bukit berbatu yang curam.

"Dengan keadaan yang sejuk, ribuan anak tangga... Alhamdulillah kami berjaya melakukan," tutur Yatt.

Malah Yatt turut memanjatkan kesyukuran kerana sepanjang pendakian mereka tiada perkara diingini berlaku, apatah lagi dia turut membawa anak kecil bersama untuk mendaki bukit.



Sumber
http://www.sinarharian.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan