Home Klik Di Bawah

Jumaat, 19 April 2013

Resepi - Nasi Ayam Goreng.....mesti cuba!

Dah habis kisah nasi kerabu....kini kisah nasi ayam goreng pula. Nasi ayam goreng ni antara menu utama masa open house hari tu. Tapi beberapa hari sebelum itu dah masak dulu utk food testing. Mula2nya ingat resepi ni macam resepi nasi ayam biasa tu tp bila baca resepi..tengok bahan2 dan caranya mmg berbeza dr nasi ayam....bahan2nyapun senang....stok biasa ada di rumah.

Bila pelanggan di rumah cakap sedap....mama mknpun rasa sedap...memenuhi selera kami 
sekeluarga...maka pass utk masuk senarai menu open house.Masa open house ada tetamu yg ingatkan ni nasi beriani...
 
 
 
 


Nak sedap nasi ni kena mkn dgn salad..timun dan sambal merah mcm sambal nasi ayam.Resepi ni mama jumpa di dapur Yati , t.kasih Yati kongsi resepi. Juga Tqvm kepada penyumbang resepi Tummy@ 3hungrytummies dan yang memperkenalkan resepi ini semula di blog iaitu Cik Manggis@Jom Masak Jom Makan

Nasi Ayam Goreng@ Southern Yellow Chicken Rice

Sumber; Cik Manggis@Jom Masak Jom Makan & Tummy@ 3hungrytummies
Oleh; Dapur Mamasya

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam*
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari*
Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair

Cara-Caranya:

Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.

* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.

nota Dapurmamasya;

Mama campur minyak sapi dg minyak semasa menumis.garam serta kiub ayam dimasukkan selepas air dan kacau, barulah disusun ayam.Bila nasi kering...perlahankan api dan letak aluminium foil atas periuk dan barulah ditutup dgn tudung periuk. Ni memastikan nasi masak sepenuhnya dgn wap.Utk sambal merah mama buat spt dibawah;

Sambal merah

Cili merah 5 biji
Bawang putih 1 ulas
limau nipis 3 biji
gula 1 sd kecil
garam 1 sd kecil

Tumbuk semua bahan.perasakan garamnya..



Susunkan ayam goreng diatasnya .Masak nasi hingga masak.



Nasi dah masak....siap utk dihidangkan.Kepada yg belum rasa nasi ayam goreng ni...mesti cuba!
 http://dapur-mamasya.blogspot.com/

2 ulasan:

  1. Kak semalam saya cuba resepi ni mmg sedap...thumbs up

    BalasPadam
  2. Kak semalam saya cuba resepi ni mmg sedap...thumbs up

    BalasPadam