Home Klik Di Bawah

Isnin, 1 April 2013

Resepi Spaghetti Bolognese

Sesekali makan makanan western bagus juga kan? Kali ni saya nak kongsi resepi Spaghetthi Bolognese. Selamat mencuba!

Bahan-bahannya:-
500 gram spaghetti (sepeket)
500 gram daging lembu cincang
 200 ml susu



1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum – dipotong dadu
1 batang carrot – dipotong dadu kecil
2 batang celery – dipotong dadu kecil
1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang

NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.

Cara membuatnya:-

1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.

3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.

4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.

5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.

6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

NOTA : Jika guna kiub, tak payah masukkan garam sebab dah masin. Gula cuma perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.

Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
blogammar.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan