Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com Paparan Terbaik Open Minda Menerusi Mozilla Firefox,Opera, Google Chrome Dan Safari.
Home Klik Di Bawah
▼
Isnin, 29 April 2013
Tanda-tanda wujud ketaqwaan pada Allah S.W.T dalam diri setiap muslim.
Tanda-tanda wujud ketaqwaan pada Allah S.W.T dalam diri setiap muslim.
Alhamdulillah,pada posting kali ini saya akan menulis tentang tanda-tanda seseorang itu takutkan atau dengan maksud yang lebih mudah taqwa pada Allah S.W.T.
perkara-perkara ini harus disemak dalam diri kita sendiri dan ummat islam keseluruhan khusunya.dan di sini saya ingin menyatakan saya pun masih di dalam proses pembelajaran dan pembaikan diri.saya bukanlah orang yang alim dan ahlinya di dalam ilmu agama Allah S.W.T ini,tetapi saya belajar dari mereka dan mengambil rujukan dari mereka,yakni para pewaris Nabi,iaitu para ulama-e-kiraam.semoga kita semua dirahmati Allah S.W.T.wallahu`alam.
Mohd_Efendie.
Hazrat Asy-Sheikh Abu Layth Samarqandi Rahimahullah berkata,tanda-tanda seseorang itu ada sifat Taqwa dan takutkan Allah S.W.T ialah:
1. Lidah
- disebabkan ketakutkan pada Allah S.W.T telah menghalangnya dari berkata sesuatu yang tidak benar,mengumpat,mencarut dan perkataan yang sia-sia sebaliknya memperbanyakkan lidah mengalunkan tilawah dan berzikir pada Allah S.W.T.
2. Perut
- mereka yang takutkan Allah S.W.T hanya akan mengambil makanan yang halal samada dari segi sumber mahupun bahan-bahannya,menggelakkan makanan yang syubhat,dan makan makanan yang halal sekadar yang diperlukan sahaja.
3.mata
- mereka yang takutkan Allah S.W.T tidak melihat perkara yang haram dan banyak yang melihat yang halal,sekadar keperluan,bukan kehendaknya sendiri.
4. tangan
- mereka yang takutkan Allah S.W.T tidak akan membuat perbuatan yang tidak disukai Allah S.W.T,segala tindakan dan perbuatannya hanyalah semata-mata untuk keredhaan Allah S.W.T.
5.kaki.
- mereka yang takutkan Allah S.W.T tidak akan melangkah ke tempat dan perkara yang tidak disukai dan dilarang Allah S.W.T,malah mereka akan menjauhkan dan menggelakkan perkara ini semata-mata kerana Allah S.W.T
6. hati
- di dalam hati,ketaqwaan pada Allah S.W.T menguasai hati dari perkara-perkara yang tidak elok,samada hasad dengki,sangka buruk,cemburu,permusuhan,tidak berperikemanusiaan dan tidak menhormati orang lain.
7. ikhlas
- mereka yang takutkan Allah S.W.T akan terus belajar dan mengekalkan sifat ikhlas dalam amalan mereka dan mereka akan risau dan susah hati apabila amalan mereka mula lari dari sifat ikhlas pada Allah S.W.T.
Berkenaan dengan mereka ini,Allah S.W.T berfirman:
"serta berbagai barang perhiasan (keemasan). dan (ingatlah), Segala Yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang Yang bertaqwa."
(Az Zukhruf:35)
"Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa Yang mereka ingini."
(An Naba':31)
"Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal Yang aman sentosa. "
(Ad Dukhaan:51)
71. dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.
72. kemudian Kami akan selamatkan orang-orang Yang bertaqwa, dan Kami akan biarkan orang-orang Yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di Dalam neraka itu.
(Maryam:71&72)
Rujukan:
1. Tambihul Ghafileen oleh Hazrat Asy-Sheikh Abu Layth Samarqandi Rahimahullah (edisi bahasa inggeris cetakan tahun 2001) A.H Elias (Mufti)/Darul Uloom Deoband.
2.Tafsir Ma`arifatul Quran oleh Hazrat Maulana Mufti Muhammad Shafi` Rahmatullahi A`alih.(Maktabah Darul Uloom Karachi,Pakistan edisi 2008).
http://ghostridermujahid.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan