Home Klik Di Bawah

Selasa, 2 April 2013

Tasik Berwarna Merah Jambu Yang Menakjubkan di Kepulauan Recherche

Tasik Hillier adalah sebuah tasik yang berwarna merah jambu terletak di Middle Island, iaitu pulau yang terbesar di antara pulau-pulau yang membentuk Kepulauan Recherche, Australia Barat. Dari pandangan atas, tasik ini kelihatan seperti pepejal merah jambu.

 




Info Ringkas:
  • Tasik ini berukuran kira-kira 600 meter panjang, dan dikelilingi oleh rim pasir dan hutan tebal paperbark dan pokok eucalyptus. Satu jalur sempit gumuk pasir yang diliputi oleh tumbuh-tumbuhan memisahkan ia ke utara dari Lautan Selatan.
  • Tidak seperti lain-lain tasik merah jambu di dunia seperti di Retba dan kolam garam di San Francisco Bay, asal usul warna merah jambu Tasik Hillier belum dapat dibuktikan secara saintifik.
  • Namun berdasarkan spekulasi, warna merah jambu ini berkemungkinan timbul daripada pewarna dicipta oleh organisma Dunaliella salina dan Halobacteria.  
  • Hipotesis lain adalah bahawa warna merah jambu ini disebabkan oleh bakteria halophilic merah di keruping garam.  
  • Warna merah jambu ini bukanlah satu muslihat cahaya dan ia boleh dibuktikan dengan mengambil air dari tasik di dalam bekas - warna merah jambu boleh dilihat secara kekal.

Lagi gambar-gambar menarik:







 

 
sumber: http://www.amusingplanet.com, google image

Tiada ulasan:

Catat Ulasan