Home Klik Di Bawah

Khamis, 2 Mei 2013

Cara Mencalitkan Dakwat Kekal Yang Betul (Gambar)

Cara Guna atau Mencalitkan Dakwat Kekal

Pegawai yang bertugas perlu menggoncang botol/bekas dakwat supaya dakwat kekal itu betul-betul menjadi.

Pertama: Peraturan 19A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 menetapkan bahawa seseorang pengundi yang datang ke Tempat Mengundi dan yang meminta dikeluarkan kertas undi, adalah diwajibkan jari telunjuk kirinya dicalitkan dengan dakwat kekal sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi berkenaan;




Kedua: Tatacara mencalit dakwat kekal pada jari telunjuk kiri pengundi adalah dengan mencalitkan dakwat kekal itu dengan menggunakan berus yang disediakan bermula daripada ruas pertama jari telunjuk kiri hingga ke hujung jari atau mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri atau jari telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri atau mana-mana jari kanan jika tiada jari telunjuk kanan atau hujung lengan kiri jika tiada mana-mana jari.

Ketiga : Undang-undang tidak mewajibkan penggunaan dakwat kekal kepada Pengundi Tidak Hadir yang diberi kelulusan untuk mengundi secara pos.

Keempat: Contoh calitan dakwat kekal pada jari telunjuk kiri pengundi adalah seperti yang berikut:

 
 http://www.blogger.com/blogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan