1 # Untuk cabin crew yang muslim, mereka
lebih sering tayamum daripada wudhu.Mereka solat dengan duduk diatas
seatnya seperti orang sakit. Mereka solat tak tentu waktu kerana jadual
penerbangan tidak tetap dan arah kiblat selalu teralih..
3# Berapa kali mereka cuba digoda oleh
penumpang dalam sehari. Dari anak muda sehinggalah kepada orang tua yang
hampir mencium tanah. Tetapi mereka harus tetap ramah, mengelak dengan
halus walaupun hasrat dihati ingin melemparkasut ke mukanya.
5# Kadangkala kamu melihat mereka
tersenyum sejak take-off sehingga landing. Tapi kita tidak tahu, Jauh
di dalam hatinya, mereka menangis rindukan keluarga & memikirkan
ayah ibunda yang semakin tua
6# Kadangkala kita lihat mereka duduk di
jump seat selepas selesai service, mereka tidak juga memejamkan
matanya. Kita tidak tahu: mereka sangat mengantuk, sehingga mereka boleh
tidur tanpa perlu memejamkan mata. Mereka menaiki flight pagi buta
sebelum ayam tak berkokok pun lagi.
Kamu tidak pernah tahu: mereka pun ingin memenuhi keinginan kita, tapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Kerana tak smua ada di sini.. Ini pesawat bukan hotel berbintang..
Dan kamu tidak pernah tahu, Mereka sangat berharap ada di posisi sepertimu:
# Melancong dengan keluarga,
Duduk di samping orang yang disayang..
#Ketika mereka melihat ke luar pesawat,
Mereka ingin apa yang terjadi di luar sana.. Kerana 70% waktunya di habiskan dalam burung besi itu..
http://pakarcinta.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan