Home Klik Di Bawah

Khamis, 2 Mei 2013

Gambar Sekitar Proses Mengundi Pilihan Raya Dulu-Dulu Di Malaysia

Kalau kita nak cari gambar-gambar lama sekitar proses mengundi masa Pilihan Raya dulu-dulu, memang agak sukar di jumpai di laman-laman blog. Walaupun dunia tanpa sempadan sekarang sudah di hujung jari anda, tapi ada benda yang sukar untuk kita temui. Antaranya gambar-gambar lama sekitar proses mengundi Pilihan Raya dulu-dulu.

Berikut gambar yang saya dapat dari sebuah akhbar tempatan dan saya kongsikan bersama pembaca di blog ini, gambar-gambar sekitar proses mengundi Pilihan Raya zaman datuk nenek, malah mak ayah kita dulu-dulu. Memang agak kabur kerana gambar lama, tetapi satu yang menarik untuk sesama kita menghayati suasana zaman itu.





 
Gambar atas seorang ibu mengundi sambil menggendong anak kecilnya

 
Orang ramai berpusu-pusu ke pusat mengundi di sebuah dewan tahun 50-an

 
Sebuah bangsal di jadikan pusat mengundi sekitar tahun 50-an

 
Proses penghantaran peti undi menggunakan basikal dan dikawal oleh polis

 
Bagi kawasan pendalaman seperti Sabah dan Sarawak khidmat helikopter digunakan untuk menghantar peti-peti undi ke pusat pengumpulan

 
Pusat pengumpulan dan pengiraan kertas undi sekitar Pilihan Raya tahun 50-an

NOTA: Untuk pengetahuan pembaca semua, negara kita pernah mengadakanPilihan Raya sebanyak dua kali pada tahun 50-an, yakni pada tahun 1955 sewaktu masih bergelar Malaya dan pada tahun 1959 yang merupakan PRU-1 negara semenjak bergelar Malaysia. Foto: The Star
 http://amekaw.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan