Home Klik Di Bawah

Isnin, 13 Mei 2013

Kampus Paling Nikmat Di Dunia


kampus-paling-nikmat
Tietgenkollegiet (Tietgen Student Hall) merupakan kediaman bagi pelajar-pelajar yang terletak di Copenhagen, Denmark.

Matlamat utama pembinaan bangunan ini adalah untuk menyediakan tempat tinggal yang berfasiliti first class bagi pelajar-pelajar Denmark.

Seni binanya yang sangat menarik berbentuk bulatan dikatakan mendapat inspirasi daripada seni bina tradisional China yang dipanggil Hakka Architecture.


Bangunan yang siap dibina pada tahun 2006 dan direka oleh arkitek Lundgaard & Tranberg ini telah menerima pelbagai anugerah antaranya anugerah RIBA European Award dari Royal Institute of British Arcitects (RIBA).
Tietgenkollegiet
Bangunan berketinggian 7 tingkat ini menempatkan sebanyak 360 buah bilik, beserta fasiliti-fasiliti lain antaranya makmal komputer, kafe, bilik study, auditorium, bilik dobi, bengkel, bilik mesyuarat, tempat parking basikal dan sebagainya.

Kalau dapat duduk dalam kampus heaven macam ni rasanya masa cuti semester pun tak nak balik rumah. Hehe. Ah, tapi nak tinggal di sini bukan percuma, harus menyewa. Berapa sewa sebulan? Paling murah bermula dari RM1500 sebulan bagi satu bilik. Jadi siapa yang tinggal di kampus yang kokak tu, kira bersyukurlah sebab sekurang-kurangnya yuran masih murah. Hehe.

 

 

 

Tempat letak basikal. Berbasikal ke tempat kerja atau universiti memang tengah trend di Denmark sekarang.

 

 

Tietgenkollegiet 

Tietgenkollegiet 

 

 

 

 


Sumber dari Tietgenkollegiet(dot)dk/kfeinblog.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan