Home Klik Di Bawah

Rabu, 15 Mei 2013

Kenapa Masih Belum Berumahtangga?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Kenapa masih belum berumahtangga?

Mungkin anda pernah diajukan soalan, "kenapa masih belum berumahtangga lagi?" Dan mungkin jawapan yang lazim diberi adalah, "Belum ada jodoh lagi..."
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir ALLAH SWT.

ALLAH SWT telah berfirman:

"Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna." (surah Al-Furqan ayat 2)


Jodoh kita telah pun ditentukan oleh ALLAH SWT. Apabila ALLAH menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendak-NYA. Sudah tentu halangan tersebut merupakan 'sesuatu yang terbaik', kerana ALLAH Maha Mengetahui. Apabila ALLAH telah memutuskan 'sesuatu yang terbaik' kepada makhluk-NYA. Bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmat-NYA kepada makhluk tersebut.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, "kenapa masih belum berumahtangga lagi?" mungkin jawapan yang sesuai adalah, "semua ini adalah rahmat ALLAH."

kahwin,pasangan pengantin,perkahwinan islam,kartun perkahwinan islam
credit to GOOGLE

* Kepada yang sudah berumahtangga, semoga berbahagia. Kepada yang sedang merancang, semoga tertunai segalanya. Kepada yang masih mencari, semoga bertemu dengan seseorang yang dikehendaki. Bagi yang belum merasai nikmat bercinta dengan manusia, semoga tabah menghadapi dugaan-NYA. Pokoknya... Semoga ALLAH memberikan rahmat dan hidayah-NYA kepada kita semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan