Home Klik Di Bawah

Selasa, 21 Mei 2013

Punca dan Rawat Sakit Kepala Tanpa Ubat

Hampir 60 peratus daripada pesakit yang menghidapi sakit kepala mengalami sama ada migrain atau tension headache.

Sakit kepala adalah perkara biasa dan boleh menyerang sesiapa saja pada bila-bila masa dimana jua.

Sementara penyebabnya boleh berlaku bukan hanya kerana penyakit kepala itu sahaja.

Kebiasaan untuk mengatasi atau meredakannya kesakitan anda selalu bergantung ubat penahan sakit kepala. Ada cara yang lebih baik, iaitu mengelakkan penyebabnya. Dibawah ini lima penyebab utama terjadinya sakit kepala, seperti dilaporkan daripada Health.com.




1. Kekeringan atau Penyahhidratan

Ini adalah penyebab yang paling umum. Tubuh terdiri dari 60 peratus air dan semasa kekurangan cecair tentu saja secara langsungnya bertindak balas. Salah satu reaksinya adalah sakit kepala. Jadi, semasa anda mulai terasa sakit kepala, minumlah beberapa banyak air putih yang termanpu. Biasanya di musim panas perkara seumpama ini lebih kerap terjadi kerana kekurangan air atau cecair didalam badan.

2. Perokok Pasif

Asap dari rokok dengan mudah mencetuskan migrain dan sakit kepala. Semampu mungkin, elakkan berada di sekitar perokok. Jika terpaksa berada di lingkungan perokok, hirup aroma lain seperti peppermint untuk mengurangkan sakit kepala.

3. Kafein

Walaupun kafein boleh membantu meredakan sakit kepala, tapi terlalu banyak justeru boleh memberi kesan sebaliknya. Malah boleh menimbulkan rasa sakit di kepala. Begitu juga apabila anda mulai terbiasa minum kopi dan tidak minum sama sekali, maka akan sakit kepala sampai tubuh melakukan penyesuaian.

4. Stress

Tekanan emosi merupakan faktor psikologi yang menyebabkan sakit kepala Salah satu penyebab umumnya adalah lama di depan komputer tanpa rehat. Bergelut dengan pekerjaan dan tak sempat rehat akan membuat anda dengan mudah mengalami tekanan.

5. Sinus

Sinus kering atau padat juga menyebabkan sakit kepala. Sakit akan datang dengan rasa yang dalam dan berterusan didahi, tulang pipi atau dibahagian batang hidung. Rasa sakit biasanya makin parah intensif jika menggerakkan kepala tiba-tiba.

Ada 2 cara yang ingin saya kongsikan kepada anda :

A. Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)
2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)
4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)
5. Baca Surah An-Nas (1kali)
6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)
7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

B. Petua hilangkan sakit kepala

1. Petuanya sediakan beberapa biji limau kasturi, limau yg kecil-kecil tu.. bukan limau mandarin.
2. Perahkan limau kasturi tuh kat atas kepala satu persatu. Kalau ada adik ker kakak ker nak menolong lagi baik… kalau yg ada suami atau isteri tuh lagi terbaik… minta tolong diaorang yang perahkan
3. Semasa perah tuh ramas-ramaskan rambut dan picit-picitkan kepala kasi darah berjalan.  Kulit limau yg dah diperah tuh korang masukkan dalam mangkuk berisi air bersih… Bila dah habis sesi perah dan picit tuh ada baiknya masuk bilik air dan jiruskan bekas air berisi kulit limau tuh atas kepala dan badan.  Pastu lapkan rambut dan kepala tu sikit-sikit, jangan lak sampai hilang aura limau purut tu.. Kalau kena muka basuhlah sikit muka tuh..
4. InsyaAllah… bila dah bangun tuh pening atau sakit kepala tuh dah tak ada dah… Kepala segar jer dan bonusnya rambut pun bau harum, seharum limau kasturi…
selamat mencuba yea..
 http://aiskosong.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan