Home Klik Di Bawah

Rabu, 22 Mei 2013

Sayyidul Istighfar Amalan Bulan Rejab

Assalamualaikum wbt


اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

(ALLAHumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)


Maksudnya: “Ya ALLAH ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan 


sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi)

Rejab ertinya “Mulia” atau dipanggil juga Al-Ashhur HurumUntuk pengetahuan semua Bulan Rejab dikenali sebagai Bulan Istighfar. Jadi jika anda memperbanyakkan amalan Ber-Isghtifar dalam bulan Rejab ini InsyaALLAH anda akan dianugerahkan Pahala yang berlipat kali ganda. Bulan Rejab juga tergolong dalam bulan-bulan haram yang mana kezaliman dan peperangan tanpa sebab amat dimurkai oleh Allah Ta’ala berbanding dengan bulan-bulan lain.
 
 

Pada bulan Rejab juga berlakunya peristiwa yang  dikenang oleh seluruh umat Islam di dunia. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra’ dan Mi’raj. Terdapat khilaf di kalangan ulama’ mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama’ bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh berlakunya Isra’ dan Mi’raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Banyakkan Istighfar juga untuk minta ampun daripada ALLAH SWT. Istighfar yang paling disarankan dan bagus sekali adalah disebut sebagai "Sayyidul Istighfar" - Penghulu bagi segala Istighfar.

Sayyidul Istighfar.

Bismillahirrahmannirrahim.
  • Astaghfirullah hal adzhim.
  • Astaghfirullah hal adzhim.
  • Astaghfirullah hal adzhim.


اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّىْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ خَلَقْتَنِىْ وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِىْ فَاغْفِرْلِىْ، فَإِِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ اَنْتَ.

Disini saya ada sertakan bacaan Sayyidul Istighfar dalam rumi untuk lebih mudah dibaca oleh semua orang.
“Allaahumma anta rabbii laa ilaa ha’illaa anta khalaqtanii wa ana abduka wa anaa alaa ahdika, wawa’dika mastatha‘tu a uudzu bika min syarri maa shana’tu abuu ‘ulaka bini’matika alayya wa abuu ‘ubizdanbii faghfirlii fa innahu laa yaghfirudzunuu ba illaa anta.”
Ertinya:Ya Allah Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau yang 
menjadikan aku. Aku hambaMu dan aku dalam genggamanMu, aku dalam perjanjian beriman dan berta’at kepadaMu sekedar kesanggupan yang ada padaku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang aku perbuat. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui atas dosaku, aku mohon keampunanMu, tidaklah ada yang dapat mengampuni dosa seseorang, hanya Engkaulah hai Tuhanku.” 

Kelebihan membaca Sayyidul Istighfar:

"Barangsiapa yang menyebutnya pada waktu siang dengan penuh yakin terhadapnya (ikhlas dan yakin dengan ganjarannya), maka (jika) dia mati pada hari itu sebelum hampir tiba malam maka dia daripada kalangan ahli syurga. Dan barangsiapa yang menyebutnya pada waktu malam dengan penuh yakin terhadapnya (ikhlas dan yakin dengan ganjarannya), maka (jika) dia mati sebelum tibanya subuh maka dia daripada kalangan ahli syurga".
( Hadis riwayat Bukhori: Bab Kelebihan Istighfar, Hadis 6306, Fathul Bari oleh Ibnu Hajar al-Asqalani )

Selamat beramal, semoga ALLAH SWT menerima amalan kita ini.
Amin Ya Rabbal Alamin.
 http://gua-lu.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan