Home Klik Di Bawah

Rabu, 29 Mei 2013

Teknik Menghilangkan Gemuruh

Assalamualaikum.
ramai dikalangan kita yang secara automatik akan menjadi gemuruh bila berhadapan dengan situasi perlu bercakap dikhalayak ramai. sebagai contoh memberi ucapan, membuat perbentangan, mengajar dan meluahkan pendapat di khalayak ramai. tidak dapat dinafikan, ini merupakan salah satu punca kegagalan para graduan muda untuk mendapat pekerjaan.


jadi dalam artikel ini, aku ingin berkongsi serba sedikit teknik-teknik yang aku jalankan sendiri untuk menghilangkan gemuruh. memandangkan aku adalah bakal guru. jadi aku sendiri mempraktikkan teknik-teknik ni dalam hidup aku. hidup ke? dlm aktiviti pengajaran aku la.
 
 

#1 faham apa yang ingin disampaikan.
kebanyakan dari kita tidak tahu apa yang ingin disampaikan. keadaan ini menyebabkan kita tidak yakin dengan pendapat kita sendiri kerana kekurangan fakta dan pemahaman yang kukuh. untuk menyampaikan isi pembentangan contohnya, kuasai terlebih dahulu kandungan yang ingin disampaikan sekurang-kurangnya 90%. faham apa yang kita hendak sampaikan untuk memastikan kita tidak mudah mati kutu semasa berhujah.

#2 fokus mata.
kenapa aku tekankan fokus mata? kebiasaannya semasa sedang membuat perbentangan, bagi diri aku sendiri, jika aku tidak mengawal mata aku, sebagai contoh memandang audience secara keseluruhan, bukan fokus kepada seseorang individu atau kumpulan kecil, aku akan cepat rasa gugup dan pemikiran aku akan cepat menjadi kaku. 
oleh itu, aku sarankan, untuk memastikan keadaan menjadi kaku dan tidak dapat berfikir secara tiba-tiba berlaku, fokuskan kepada seorang atau beberapa individu yang memberikan perhatian, seolah-olah berbicara dengan individu tersebut. dengan cara ini, secara tidak langsung otak kita akan lebih terfokus kepada isi yang hendak disampaikan. seelok-eloknya fokuskan kepada 3 orang individu yang berada pada kiri, kanan dan tengah kumpulan audience. jadi kita tak akan kelihatan seperti mengabaikan kumpulan audience yang ramai. 

#3 suara yang jelas. 
perkara yang penting dalam presentation ialah untuk memastikan audience dengar apa yang hendak disampaikan. bila audience dengar dan memberi perhatian, kita akan menjadi lebih yakin dan bersemangat. oleh itu, penggunaan suara yang jelas dan teratur perlulah dititik beratkan. 
 
pengunaan suara yang jelas dapat membantu menarik perhatian lebih ramai audience dan sekaligus menggambarkan seseorang penyampai yakin dengan isi yang hendak disampaikan.
#4 fokus kepada isi
dalam menyampaikan sesuatu isi, jangan guna contoh yang tidak berkaitan atau kabur. sebaiknya fikirkan contoh dna penerangan yang ringkas. cara yang paling mudah bagi aku, aku akan terangkan menggunakan cara yang aku faham. tidak perlu merumitkan perkara yang mudah. gunakan ayat yang mudah dan gunakan bantuan rajah atau apa sahaja yang dapat membantu audience lebih mudah memahami isi yang kita kehendaki. 
 

ada banya lagi teknik dan contoh yang boleh digunakan. apa yang penting pada aku. dalam penyampaian, jangan sesekali salahkan audience yang tidak memberi perhatian. tetapi salahkan diri sendiri yang tidak mampu menarik perhatian. 
http://www.mugmerah.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan