Home Klik Di Bawah

Khamis, 2 Mei 2013

Terima Kasih Ya Allah


Busuk dan kotor. Hanya dua perkataan ini yang dapat menggambarkan sumber air minuman yang mereka mampu perolehi. Kehidupan penduduk setinggan Mirpur di Dhaka,Bangladesh menidakkan mereka untuk memilih sumber bekalan air bersih selain daripada air daripada paip-paip pecah yang mereka temui. Disebabkan jumlah penduduknya yang terlalu ramai, mereka perlu beratur berjam-jam lamanya sekiranya mereka ingin mendapatkan bekalan air yang bersih.
 
 

Begitulah kehidupan manusia di negara yang susah. Sama-samalah kita muhasabah diri, adakah kehidupan kita sesukar itu sehinggakan terpaksa makan dan minum dari sumber yang kotor? Sudah tentu tidak, bukan? Kita sepatutnya bersyukur kerana negara kita dilimpahi dengan rahmat dan ni'mat kehidupan yang jauh lebih sempurna dari mereka yang berada di negara-negara yang susah. Jangan disebabkan kesenangan yang kita peroleh sekarang ini menyebabkan kita lalai dengan kurniaan yang diberikan itu. 

Bersyukurlah duhai saudara-saudaraku sekalian. Berimanlah dengan firman Allah yang bermaksud " Sekiranya kamu bersyukur, akan Ku tambahkan nikmat Ku untukmu. Dan sekiranya kamu kufur (tidak bersyukur) sesungguhnya azabku amat pedih. "

Nota kaki : Gambar ini telah memenangi tempat pertama pertandingan Water Integrity Network  2 (WIN 2) sempena Hari Air Sedunia.


Sumber : transparency

Tiada ulasan:

Catat Ulasan