Home Klik Di Bawah

Ahad, 30 Jun 2013

10 Tips Dalam Menjadi Pakaian Bagi Pasangan

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua... Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi dikurniakan keringanan buat diriku menyusuri arus kehidupan di dunia ini. Moga urusan aku dipermudahkan. InsyaALLAH...

Hari ini aku nak kongsikan sedikit tapi mungkin bermanfaat buat insan-insan yang telah mendirikan rumah tangga, akan mendirikan rumah tangga mahupun kepada mereka yang belum ada hati nak mendirikan rumah tangga. Tapi..Tapi..Tapi dan Tapi.....
Tips ini hanya boleh dipraktikkan oleh mereka-mereka yang sudah mendirikan rumah tangga ataupun yang telah mempunyai pasangan yang halal. Kepada insan-insani yang belum diakad nikahkan tu, faham-fahamkanlah diri sendiri.

Tips ini juga pernah aku kongsikan bersama dalam blog aku yang pertama dulu. Tajuknya 'Tips Menjadi Pakaian Bagi Pasangan' rasanya. Itupun kalau tak silap la. Maklumlah, aku ni insan yang mudah lupa. Cuma sayangnya blog tu sudahpun terkubur bersama perkongsian yang ada di dalamnya. Biasalah, tak semua orang suka dengan apa yang kita buat. Tapi aku tak kisah sebab bukan susah mana pun nak buat blog semula.
"Patah tumbuh hilang berganti." 
 
 
 

Jadi, lebih baik rasanya kita teruskan dengan fokus utama kita iaitu mengenai tips dalam menjadi pakaian bagi pasangan. Moga bermanfaat. Segala kekurangan yang ada harap dimaafkan dan diperbetulkan.

credit to RUSYDEE ARTZ

10 Tips Dalam Menjadi Pakaian Bagi Pasangan


  • Selalu mendengar dengan segenap dan setulus hati akan setiap perkataan yang diluahkan oleh pasangan.


  • Selalu ramah, mesra, bermuka manis dan tersenyum di hadapan pasangan.


  • Berdandan, berpenampilan rapi dan berbau harum untuk pasangannya baik ketika berada di dalam mahupun di luar rumah. Bukan isteri saja yang wajib melakukan ini, namun suami juga harus mewajibkan dirinya.


  • Menenangkan hati pasangan ketika dia merasa marah/beremosi dan ketika menghadapi ketegangan, kecemasan dan ketakutan serta menghibur hati pasangan ketika dia kecewa, bersedih hati, sakit hati dan sakit tubuh badannnya.


  • Biasakan diri untuk mengucapkan 4 Perkataan Ajaib: "Terima kasih, Maaf, Minta Izin dan Tolong" kepada pasangan pada setiap saat dan kesempatan di mana kata-kata tersebut patut dan perlu untuk diucapkan.


  • Melayani keperluan pasangan dengan senang dan ringan hati, ringan tangan, ringan kaki dan segera. Segera kerjakan jika dalam keadaan-keadaan yang memerlukan. Bukan isteri saja yang harus melayani suami. Suami juga harus melayani isteri meskipun isteri tidak dalam keadaan darurat seperti sakit, mengandung dan melahirkan anak.


  • Tanyakan mengenai khabar dan perasaan pasangan meskipun tidak berjauhan.


  • Ungkapkan rasa cinta dan kasih sayang anda kepada pasangan dengan sikap dan perilaku seperti berpegangan tangan ketika berjalan kaki bersama dan mengucupnya meskipun ketika tidak ada dorongan nafsu disertai dengan kata-kata seperti "Aku cinta/sayang kamu" (tidak digalakkan ketika berada di tempat-tempat awam kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah). Dan dengan memanggilnya dengan nama panggilan yang indah serta dengan cara yang lemah lembut dan mesra.


  • Memuaskan pasangan dalam berhubungan badan/persetubuhan dengan melakukan segala hal yang diperlukannya sesuai dengan tuntunan Islam.


Tidak menceritakan hubungan badan mereka kepada orang lain. Tidak menceritakan aib yang dimiliki pasangan berupa kekurangan, kelemahan, kesalahan dan hal-hal negatif lainnya kepada orang lain (kecuali kepada hakim ketika bersaksi di pengadilan, kepada doktor untuk tujuan perubatan dan kepada guru, ustadz, psikiatri atau konsultan untuk tujuan khidmat nasihat). Juga tidak mencari-cari, mengingat-ingat, serta mengungkit-ungkit atau menyebut aib yang dimiliki pasangan.
 http://kum-pun.blogspot.com

1 ulasan:

  1. benar apa yg di ulaskn ...
    namun...bgmn seandainya...si isteri yg begitu setia, jujur, mengasihi suaminya sedangkan suami mengambil peluang di atas kesetiaan si isteri...
    apa lagi si suami mahukan dari seorang isteri...seandainya semuanya terjaga...ditatang...dibelai...berhias..berdandan...cuba agar tidak nmpk kurang dmatanya...
    sedangkan si suami mengambil peluang utk mencari yang lain...adakah salah si isteri juga...????

    BalasPadam