Home Klik Di Bawah

Selasa, 18 Jun 2013

13 Firaun Wanita Dalam Sejarah


1. MERYT-NEITH  ( 3000 S.M )
Firaun wanita pertama di zaman Mesir purba. Namanya bermaksud "Yang Disayangi Oleh Dewi Neith", iaitu dewi peperangan dan pemburuan. 
 
 
 
2. NIMAETHAP  ( 2650 - 2575 S.M )
Dikenali sebagai "Ibu Firaun".

3. KHENTKAUS  ( 2475 - 2445 S.M )
Salah satu makam piramid Neferriri Kakai di Abusir dibina oleh suami dan anak Khentkaus khas untuknya. Pada makam tersebut, Khentkaus digambarkan sebagai "anak Tuhan".

4. MERESANKH (?)  ( 2414 – 2375 S.M )
Juga dikenali sebagai "Teman & Kesayangan Dua Wanita" yang merujuk kepada dua dewi utama wilayah Mesir Atas dan Mesir Bawah (kedua-dua dewi ini digambarkan sebagai dua ekor ular tedung pada mahkota Firaun - bermakna sesiapa yang memakai mahkota ini mengawal dua wilayah Mesir tersebut).

5. ANKH-MERI-RA ( 2325–2150 S.M )
Berkongsi suami dengan kakaknya. Makamnya terletak dalam piramid di Saqarra.

6. NITOCRIS ( 2184 – 2181 S.M )
Piramid ketiga Giza dibina oleh Nicrotis. Didorong oleh dendam ke atas kematian abangnya, seorang firaun kejam yang telah digulingkan oleh rakyat, Nitocris yang menggantikan tempat abangnya menjemput ratusan rakyat Mesir ke sebuah majlis keramaian yang diadakan dalam sebuah dewan tertutup. Sedang tetamunya menjamu selera dan bersukaria, Nicrotis mengalirkan air dari sungai Nil masuk ke dalam dewan tersebut lalu menenggelamkan para tetamu sehingga kesemuanya mati lemas dalam sekelip mata. 
7. SOBEKNEFRU  ( 1806 - 1802 S.M )
Namanya bermaksud "Keindahan Dewa Sobek", iaitu dewa buaya yang juga menjaga Sungai Nil. Firaun wanita pertama yang memakai mahkota khas untuk firaun lelaki.

8. AHHOTEP  ( 1560- 1530 S.M )
Namanya bermaksud "Disenangi Dewa Iah", iaitu dewa bulan. Ahhotep memainkan peranan penting dalam mempertahankan wilayah Thebes.

9. AHMOSE-NEFERTARI  ( 1563 - 1495 S.M )
Diangkat sebagai dewi langit oleh penghuni kampung Darul Madinah selepas mangkat.

10. HATSHEPSUT  (  1508–1458 S.M )
Antara firaun termahsyur sepanjang zaman kegemilangan Mesir dan paling banyak projek pembangunan di Mesir dilaksanakan olehnya. 

11. NEFERTITI  ( 1370 – 1330 S.M )
Namanya bermaksud "Kemunculan Wanita Sempurna". Nefertiti merupakan wanita paling jelita dan bermisteri di dunia. Kebanyakan pengukir mengatakan Nefertiti memiliki paras rupa yang elok dan sempurna. Akhir kehidupan Nefertiti tidak diketahui kerana dia menghilangkan diri secara misteri.
12. TAUSRET  ( 1194 - 1186 S.M )
Nama rasminya ialah Sitre Meryamun, yang bermaksud "Anak Perempuan Dewa Re", iaitu dewa matahari. Tausret mengambilalih kerajaan suaminya Seti selepas Seti dibunuh oleh pembantu peribadinya Bey. Tausret hidup semasa zaman Nabi Musa.

13. CLEOPATRA  ( 51 - 30 S.M )
Firaun Mesir terakhir, juga merupakan firaun akhir zaman. Celopatra hidup 40 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Kematiannya secara bunuh diri (namun ada teori yang berpendapat dia dibunuh oleh Octavius, cucu saudara Julius Caesar) mengakhiri dinasti pemerintahan keturunan firaun yang telah wujud selama 3000 tahun.

SW - Sumber asal: Perpustakaan/http://jejakasombong.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan