Home Klik Di Bawah

Khamis, 6 Jun 2013

Alam semesta turut bertawaf

Tawaf adalah berjalan berputar mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali. Bermula dari sudut batu hitam, Hajar Aswad dan berakhir di sudut yang sama. Membentuk pola lingkaran 360 darjah, yang bergerak melawan arah jam, berputar pada satu titik.

Setiap benda di alam ini juga selalu bergerak berputar untuk menjaga keseimbangan. Di alam mikro, pada bahagian terkecil dari setiap benda yang disebut atom, juga melakukan pusingan dengan arah berlawanan dengan arah jam seperti perputaran (putaran) bumi, elektron-elektron juga akan selalu berputar mengelilingi pusat atom.
 
 
 
Di alam makro, bumi bersama planet-planet yang lain akan sentiasa berputar mengelilingi matahari (berevolusi). Sementara itu matahari bersama bumi, planet-planet lain, dan puluhan bulan juga berputar mengelilingi pusat Galaksi Bima sakti. Di dalam galaksi Bimasakti itu sendiri mempunyai sekitar billion matahari. 

Perjalanan matahari ini juga telah telah dijelaskan dalam Al Qur'an 1400 tahun yang lalu sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan Matahari berjalan di tempat peredarannya untuk masa yang telah ditentukan baginya. Itulah ketetapan dari Yang Maha Kuasa lagi Maha mengetahui. Dan bagi bulan telah Kami tetapkan manzilah-manzilah, sehingga dia kembali sebagai bentuk tandan yang tua. Tidaklah mungkin matahari menyusul bulan dan tidak mungkin malam mendahului siang kerana semua beredar pada garis orbitnya "(QS. Yasiin: 38-40)

Perjalanan matahari mengelilingi pusat galaksi bimasakti (yang disebut black hole) baru diketahui oleh para saintis moden pada akhir abad ke 20, namun telah diucapkan oleh seorang Nabi yang ummi, yang tidak dapat membaca dan menulis, dan belum terdapat yang namanya teleskop. Inilah Firman Allah yang diwahyukan kepada Rasulullah Muhammad SAW yang akan selalu berjalan seiring dengan waktu dan tidak akan pernah ketinggalan zaman.

Di alam raya ini, tidak hanya ada satu galaksi sahaja iaitu galaksi Bima sakti tetapi terdapat begitu banyak galaksi galaksi yang lain lagi. Dan kesemuanya itu membentuk kluster galaksi. Sistem kluster galaksi yang terdiri atas berbillion objek angkasa seperti matahari, planet, bulan, meteor, asteroid, dan lain-lain yang juga berputar (tawaf) mengelilingi pusat galaksi, yang oleh NASA disebut "Monster Black Hole" kerana saiz yang jauh lebih besar berbanding black hole dalam galaksi bimasakti. Subhanallah, kluster galaksi yang mengandungi trillion objek angkasa itu tidak hanya satu, tapi masih ada berbillion lagi di sana dan semuanya berputar (tawaf) mengelilingi pusat yang tidak diketahui berada di mana kerana hingga kini belum terdapat teleskop tercanggih yang berjaya mengesannya. NASA sendiri mengakui bahawa pengetahuan manusia mengenai alam semesta ketika ini hanyalah sebanyak 3% sahaja berbanding dengan apa yang telah Allah jadikan di muka bumi ini.

Semua benda langit yang sentiasa berputar (tawaf) itu selalu berada dalam keadaan keseimbangan, sebagaimana Allah menjelaskan dalam Al Qur'an yang ertinya:

"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah yang tidak seimbang. Lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? "(QS. Al Mulk: 3)

Betapa luasnya alam semesta ini. Di langit Allah ini ada berbilion-bilion matahari, planet dan bulan, sehingga benda-benda angkasa jumlahnya bertrillion. Bumi yang kita diami ini sangatlah kecil di antara benda-benda langit yang berjumlah bertrillion itu. Bumi kita ini bagaikan sebutir pasir di antara seluruh pasir yang terhampar di seluruh permukaan bumi. Disanalah manusia tinggal dengan berbagai kesombongannya. Betapa bumi kita ini sangat rapuh dengan berbagai ancaman bahaya dari luar angkasa maupun dari dalam bumi sendiri, dan kita yang tinggal disana tidak mempunyai kekuatan terhadap kekuasaan Allah Yang Maha Perkasa, pemilik langit dan bumi.

Sementara alam semesta ini bertawaf, bertasbih kepada sang Pencipta, maka manusia sebagai sebahagian daripada alam ini juga sentiasa bertawaf. Kaabah adalah Rumah Allah (Baitullah), simbol keberadaan Allah di bumi, pusat jiwa dan manusia dari segenap penjuru, tempat suci yang penuh cahaya dan tenaga. Di sanalah manusia bertawaf ketika melaksanakan ibadah Umrah dan Haji.

Bayangkan ketika kita bertawaf mengelilingi Kaabah, bulan juga bertawaf mengelilingi bumi yang mengakibatkan terjadinya pergantian waktu bulan. Ketika kita bertawaf mengelilingi Kaabah, bumi juga bertawaf mengelilingi matahari yang mengakibatkan terjadinya pergantian tahun. Bumi bertawaf dengan kelajuan yang luar biasa, iaitu berputar pada paksinya dengan kelajuan 1600 Km / jam, dan juga berputar mengelilingi matahari dengan kelajuan 107,000 Km / jam. Sungguh sesuatu yang sangat menakjubkan dan itu semuaa hanya berlaku kerana Kuasa Allah SWT. Allah yang Maha Mengetahui, Ar Rosyid telah mengatur semuanya sedemikian rupa agar mencapai keseimbangan alam yang berterusan dengan pergantian waktu yang tepat. Maha Suci Allah dan Benarlah Segala Firman-Firmannya.

Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com/detikislam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan