Home Klik Di Bawah

Rabu, 5 Jun 2013

ALASAN-ALASAN TERBAIK YANG SERING DIBERIKAN

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua...


Hari ini nak buat entri yang pendek sahaja. Cukup-cukup makan orang kata. Entri ini aku pilih untuk di'publish'kan setelah meneliti dan menapis segala macam yang tak berkenaan. Dah bertimbun draft entri dalam blog ni. Aku rajin buat entri tapi malas nak terbitkan. Biasalah..kena nilai betul-betul dulu baru boleh terbitkan. Tak nak orang makan hati atau terasa hati.

"Orang sekarang semua nak makan ubat yang manis ala-ala vitamin C tu..sedap dan seronok dimakan katanya. Ubat yang pahit-pahit tu taknak. Tekak tak boleh nak terima..." (siapa-siapa yang faham ayat ni..baguslah. Bagi yang tak faham tu..bacalah sampai faham..)

Sebelum aku merapu entah apa-apa. Ada baiknya kita kembali semula kepada tajuk utama kita tadi iaitu:




ALASAN-ALASAN TERBAIK YANG SERING DIBERIKAN

'Alaa..benda-benda sunat ni tak buat pun takpe..'

'Alaa..aku tak pegi surau pun aku solat jugak..'

'Alaa..aku tak duduk dalam kuliah agama pun aku still tahu la halal haram..'

'Alaa...aku banyak share dan baca artikel yang mengarut-mengarut pun bukannya aku tak reti baca Quran..'

'Ah! Kita kubur lain-lain!'



motivasi diri,alasan,hendak seribu daya tak hendak seribu dalih



Ingatlah....!!
Syurga itu bukan untuk orang yang perasan diri dia baik! Dan syurga juga bukan untuk orang yang perasan diri dia berilmu!

Ada banyak lagi benda yang kita kena belajar...

http://kum-pun.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan