Home Klik Di Bawah

Khamis, 27 Jun 2013

Ciri-Ciri Kawan Tak Boleh Pakai

 
Dalam dunia ini kita akan mempunyai ramai kawan dan kawan-kawan ini pulak bermacam-macam perangai dan ragamnya. So, apa yang aku nak ceritakan ialah ciri-ciri kawan yang tak boleh pakai. Korang ceritakan jugak la.. tentu korang pun ada kawan-kawan yang jenis macam ini kan..

Kawan Yang Suka Makan Kawan

Boleh jadi kawan makan kawan ni ialah kawan lama korang yang makan sepinggan, tidur sebantal yang korang dah berikan kepercayaan sepenuhnya. Mungkin kerana seorang perempuan yang korang berdua sangat suka tetapi perempuan tersebut milih kawan korang. Tu korang tak puas hati dan korang burukkannya di belakang kawan korang tu.
 
 
 
 Yang Macam Kawan Tapi Tak Boleh Dibuat Kawan

Boleh jadi kawan macma ini dia berbaik-baik dengan korang sebab pada satu masa nanti diorang boleh gunakan korang. Dia boleh menjadi kawan rapat, bila susah dia cari korang tapi bila senang dia akan hilang buat sementara.

Kawan Yang Tak Reti Bahasa

Kawan yang tak reti bahasa ini sebenenarnya dia faham apa yang korang cakap tapi dia buat bengap atau bodoh seperti tak paham. Contohnya, harta kita dia buat macam harta dia sendiri atau dah la tumpang almari baju lepas tu ngan baju-baju kita dia sarung sekali.

Kawan Yang Kedekut

Kawan yang kedekut taik hidung masin. Apa sahaja pun berkira walaupun duduk serumah. Lima sen pun nak berkira payah la. Jangan harap la korangan nak merasa dia belanja makan.

Kawan Yang Klepet Kawan

Kawan yang suka memintam barang-barang korang dan kata nak pulangkan tapi bila dah pinjam dia tak reti langsung nak pulangkan. Bila korang mintak pun dia buat muka tak bersalah aje.

Kawan Yang Suka Tipu Kawan

Dia bercerita seperti dia tidak bersalah langsung tapi rupanya cerita tu cuma nak meraih simpati korang agar ada orang percayakannya, padahal yang bersalah adalah dia.

Kawan Mengata Kawan

Kawan yang korang percaya sangat dengan dia tap idepan korang dia sokong je apa korang buat (yang baik la) tapi rupanya bila korang takde dia mengata dan mengutuk korang yang macam-macam, serupa talam dua muka.

Nak cari kawan biarlah kawan yang baik. 
 http://shakroil.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan