Home Klik Di Bawah

Isnin, 3 Jun 2013

Formula mengorat perempuan

Formula mengurat

Ketampanan atau jenis kereta seorang lelaki itu bukanlah semata-mata dicari wanita. Banyak lagi perkara lain perlu ada pada seseorang lelaki untuk menarik hati wanita. Ketahuilah lelaki, anda perlu ada 6 ciri ini sebelum melangkah keluar rumah untuk memancing hati gadis idaman.

1. Kebersihan diri

Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yang tampan tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan seperti contoh baju kotor, seluar kotor, rambut tak pernah syampu, selekeh, busuk dan lain-lain lagi. Walau kacak seperti Brad Pitt sekalipun, anda tidak akan dipandang oleh wanita.


Teknik Mengorat Wanita 
 
 

2. Mempunyai gaya tersendiri


Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Shah Rukh Khan mahupun Anuar Zain untuk bergaya. Percaya dengan gaya anda. Pasti akan ada yang suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai dan janggut, jangan lupa nak `trim' sikit takut geli pula gadis melihatnya nanti.

3. Ada sikap lucu dalam diri


Lelaki lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, jadi lelaki menjadi tempat mereka untuk melepaskan rasa tekanan itu.

4. Bersikap prihatin

Anda perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Tak perlu bersungguh untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat `gentlemen' ini.

5. Selalu senyum

Senyuman adalah `make up' terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk setiap mata wanita yang memandang. Walaupun tak tampan tapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Wanita pun lebih berani mendekati anda daripada yang kacak tapi muka masam 24 jam.

6. Bersikap `cool'


Lelaki `cool' ataupun tenang ini juga antara salah satu sifat yang disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi anda yang teruk menggelabah. Lelaki `cool' adalah lelaki yang dapat menghadapi segala masalah dengan tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.
 http://www.cicinta.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan