Home Klik Di Bawah

Jumaat, 21 Jun 2013

Ikan - Hidupan Bernilai di Dalam Air

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
 
Kali ini kita lihat pula sejenis hidupan di air yang sungguh unik dan bernilai tinggi iaitu ikan. Ikan tergolong dalam kumpulan haiwan dan mempunyai tulang belakang. Maha Kuasa Allah SWT menjadikan hidupan ini yang hanya boleh bernafas di dalam air.
 
Ciri-ciri utama ikan adalah seperti berikut :- Hidup di dalam air, Mempunyai sisik yang berlendir, Mempunyai sirip untuk bergerak, Bernafas melalui insang, Membiak secara bertelur dan Berdarah sejuk. Namun ada ikan yang tergolomg dalam kategori mamalia, iaitu melahirkan anak seperti ikan paus.  
 
Umumnya, ikan terbahagi kepada dua jenis iaitu ikan air masin dan ikan air tawar, namun ada juga yang boleh hidup di kedua-dua persekitaran ini seperti ikan salmon.
ikan hidupan bernilai di dalam air  
 
 
 

Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air    Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air  
 
Dari aspek biologi kehidupan, ikan terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu ikan pelagik dan demersal. Ikan pelagik hidup di kawasan pertengahan hingga permukaan air. Antara contoh ikan pelagik terrmasuklah kembung, selar, selayang, atau tamban. 
 
Ikan demersal pula hidup dikawasan dasar air. Antara contoh ikan demersal termasuklah kerapu, merah, jenahak, atau pari.
 
Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air
Semua jenis ikan halal di makan walaupun ianya sudah mati (bangkai) selagi ia tidak memudaratkan. Mazhab-mazhab Syafi'i, Maliki dan Hanbali berpendapat bahawa semua jenis hidupan laut adalah halal, termasuk bangkainya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa'i, Ibnu Majah, Ahmad, Malid dan Darimi yang bermaksud: "Air laut itu adalah suci ( untuk membersihkan) dan binatangnya adalah halal." 
 
Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Dihalalkan untuk kamu dua bangkai dan dua darah; Dua bangkai itu ialah ikan dan belalang dan dua darah itu ialah hati dan limpa.” Ibnu Majah, Ahmad.

Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air      Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air
Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air    Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air
Namun ikan yang baik untuk di makan adalah ikan yang segar kerana kandungan zatnya yang masih tinggi di samping belum ada bakteria yang membiak. Ciri-ciri ikan segar adalah sebagai berikut :
 
  1. Warna kulit terang dan cerah serta warna tidak pucat
  2. Daging ikan yang terasa keras bila ditekan
  3. Mata jernih menonjol dan masih cembung
  4. Sisik ikan segar masih kuat melekat kuat dan berkilat
  5. Insang berwarna merah
  6. Sirip yang masih kuat
  7. Kulit dan daging ikan tidak mudah robek, terutama pada bahagian perut (pecah perut)
  8. Tidak berbau busuk.
Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air
Ikan merupakan sumber makanan yang cukup baik untuk kesihatan tubuh badan kerana ianya mengandungi protein, vitamin A dan D, magnesium, fosforus, selenium, dan omega 3 (EPA dan DHA). Ini berikutan komposisi ikan terdiri daripada 60 - 81 peratus air, 15 - 24 peratus protein, 1 - 22 peratus lemak dan 1 - 2 peratus zat galian
 
Ya... kandungan lemak amat tinggi pada ikan, namun ianya bukan lemak yang merbahaya! Sebenarnya, lemak ikan adalah contoh lemak yang sihat dan amat baik untuk kesihatan. Kajian juga membuktikan lemak ikan amat kaya dengan sid lemak atau Omega 3 yang cukup terbukti dapat mengurangkan risiko sakit jantung koronari,
Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air    Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air
Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air
Omega 3 dapat menurunkan paras trigliserida , kolesterol ‘jahat’ iaitu LDL dan menaikkan paras kolesterol ‘baik’ iaitu HDL. Ikan yang berlemak tinggi seperti ikan salmon, tuna, sardin, makerel dan trout mempunyai kandungan omega 3 yang amat tinggi. Omega 3 juga memperlahankan pemendapan kolesterol pada dinding saluran darah dan mengurangkan ‘inflamasi’ mikro di seluruh tubuh manusia. 
 
Oleh kerana itu pemakanan ikan setiap hari amat digalakkan sebagai sebahagian dari cara pemakanan yang sihat yang boleh menurunkan paras kolesterol.
Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air    Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air
Pelbagai spesis ikan terdapat di laut, sungai, tasik dan di mana sahaja kawasan yang berair. Rupa bentuk ikan yang cantik dan berwarna-warni menjadi tarikan untuk manusia membelanya. 
 
Ianya di jadikan hiasan yang cantik dan menarik di dalam akuarium sama ada di dalam rumah, pejabat, hotel mahu pun di pusat membeli-belah. Malah nilainya begitu tinggi sekali. Kerana tarikannya, di wujudkan juga akuarium untuk lawatan sebagai daya tarikan pelancongan. 
 
Ikan menjadi sumber makanan yang tentunya menjadi sumber rezeki kepada yang menangkapnya. Satu pekerjaan yang berisiko tinggi demi mencari sesuap nasi, namun terbukti ada yang berjaya dengan pendapatan yang lumayan. 
Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air

Begitulah istimewanya ciptaan Ilahi ini...selain kecantikannya, ia juga menjadi sumber makanan makhluk yang hidup di muka bumi ini. Ia juga menjadi sebahagian penting dalam ekosistem kehidupan dan mempunyai nilainya yang tersendiri. Sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu pasti ada fungsi dan tanggungjawabnya yang tersendiri...sungguh sempurna sekali, Subhanallah...
Tidakkah pernah kita terfikir bagaimana ikan yang hidup di laut itu boleh tidak masin rasanya? Maha berkuasa Allah! 

Terima kasih bersama relaks minda...."Menikmati kecantikan bersama informasi berguna"
Admin...
http://relakssminda.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan