Home Klik Di Bawah

Rabu, 5 Jun 2013

Kelebihan Menjadi Orang Tua

Banyak kelebihan menjadi orang tua ini kalau anda hendak tahu, tetapi sesetengah orang takut menjadi tua. Kenapa? anda fikirlah sendiri sebab di bawah ini nak cerita tentang kelebihan menjadi orang tua sahaja.. Biar tua fikrah, jangan tua fikiran. Fikir-fikirkan...

1) Tak perlu bimbang rahsia keburukan masa zaman muda terdedah pasal kebanyakan kengkawan dah pun selamat ke rahmatullah, kalau ada yang hidup pun, ntah-ntah dah lupa.
 
 

2) Boleh baca surat khabar dengan tentang, walaupun cucu pasang muzik kuat-kuat pasal sound telinga dah rabak dalam erti katanya, pekak-tuli.

3) Kalau tak berkenan dan rasa meluat tengok gelagat bebudak muda yang buat kelaku tak senonoh, boleh tanggalkan spek mata.

4) Kepada yang lelaki adalah sangat-sangat bertuah kerana berpeluang mendapat pangkat "Datuk" setelah memperoleh cucu.

5) Terdapat kupon dan tiket untuk warga emas yakni orang-orang tua dengan bayaran setengah harga je.

Banyak lagi kelebihan orang tua ini kalau difikir-fikirkan balik dan sesesungguhnya orang ini boleh dikatakan pengalaman lebih jadi oleh itu kadang-kadang kita patut dengar apa yang mereka perkatakan jikalau ia benar dan tidak melanggar apa-apa hukum.
 http://shakroil.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan