Home Klik Di Bawah

Ahad, 23 Jun 2013

Kolam Unik Berbentuk Zip Seluar

Kolam pada umumnya berbentuk bulat atau sedikit bujur. Tapi jika anda berkunjung ke Taiwan ada kolam dengan bentuk Unik!

Jika berkunjung ke Muzium Juming. Dilihat dari laman web rasmi Muzium Juming, Rabu (12/6/2013) muzium ini berada di Xishihu, Jinshan, di luar bandar Taipei, Taiwan.

Muzium ini ditubuhkan oleh seorang pematung terkenal di Taiwan. Namanya pun diabadikan sebagai nama muzium.Pelbagai bentuk patung pun ada di sana.

2013 06 13 183607 Kolam Unik Berbentuk Zip Seluar




Selain patung, yang paling menarik minat pelancong, yakni kolam berbentuk zip seluar. Bentuknya yang unik sangat menarik minat ramai pelancong untuk melihat .

Kolam yang diberi nama Zipper Pond bukanlah kolam semulajadi yang sejak awal berbentuk zip. Kolam ini sengaja dibuat oleh Ju Chun, pematung yang juga anak pemilik muzium.

2013 06 13 183614 Kolam Unik Berbentuk Zip Seluar
Dengan teliti ia menghias kolam dengan berbentuk zip yang mengelilingi kolam. Kerana mempunyai bentuk yang luar biasa, Zipper Pond telah menjadi salah satu tarikan pelancongan yang terkenal di Taiwan.


Melihat ke dalam kolam, anda boleh melihat ada banyak daun teratai terapung di atas air. Bentuknya yang unik, memerlukan anda mengabadikan dengan kamera.

Muzium Juming dibuka dari hari  Selasa-Ahad dengan bayaran NT $ 4 250 per orang untuk dewasa. Khusus untuk pelajar, harga tiket muzium lebih murah, iaitu NT $ 125 per orang.

Pada bulan Mei-Oktober, muzium ini dibuka dari pukul 10.00-18.00 waktu setempat. Namun, pada bulan November-April, muzium ini dibuka hanya sampai pukul 17.00 waktu setempat.

2013 06 13 183622 Kolam Unik Berbentuk Zip Seluar
 http://www.dairishare.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan